Doa Kakak Umisya Buat Marissa Dania Raih Perhatian- “Semoga Allah Ampuni Kamu”

3 hours ago 4

Susulan khabar perceraian pempengaruh Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam, kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan tampil berkongsi luahan hati yang menyentuh perasaan ramai orang di platform Threads.

Menerusi perkongsiannya, kakak Umisya yang dikenali sebagai Kak Ya, meminta orang ramai untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh Marissa dan Aslam.

“Setiap orang memilih jalan yang dirasakan terbaik untuk dirinya berdasarkan apa yang sedang dilalui. Tidak perlu untuk kita ambil faham setiap pilihan yang dibuat oleh mereka. Cukuplah sekadar kita menghormati apa yang mereka pilih untuk hidup mereka.”

Tegas Kak Ya, urusan melibatkan rumah tangga bukanlah satu pertandingan untuk mencari pemenang atau yang kalah. Menurutnya, tiada individu yang mahu melihat rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian.

“Dalam kisah ini, bukan soal siapa pemenang dan siapa yang kalah. Ujian rumah tangga bukan pertandingan untuk melihat siapa yang kekal dan siapa yang pergi.”

Kak Ya Titip Doa Buat Marissa

Pada masa yang sama, Kak Ya turut menitipkan doa buat Marissa agar diberikan ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Harapannya, segala kesilapan yang dilakukan oleh Marissa diampunkan Allah S.W.T dan Marissa dapat menemui kebahagiaan sebenar selepas ini.

“Kak Ya juga mendoakan yang baik-baik untuk kamu (Marissa). Kamu masih sangat muda, perjalanan hidup kamu masih panjang. Semoga Allah mengampuni segala khilaf, membimbing langkah kamu ke jalan yang lebih baik, mengurniakan ketenangan hati dan menemukan kebahagiaan yang Allah redhai.”

Hantaran kakak Umisya itu secara tidak langsung telah menuai pelbagai reaksi, termasuklah ada yang bersetuju dengan wanita itu untuk netizen tidak terus menghukum atau mengecam kedua-dua pihak.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |