Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

6 hours ago 4

Pelakon Fattah Amin berkongsi khabar gembira apabila isterinya, penyanyi Amira Othman telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada petang semalam.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Fattah sendiri di platform media sosial, sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kelahiran bayi mereka.

“Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam. Terima kasih pada yang mendoakan.”

Dalam hantaran yang sama, Fattah turut mendedahkan nama bayi lelakinya iaitu Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy dan Daddy.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan juga pengikut pasangan ini menitipkan ucapan tahniah dan memuji keindahan nama bayi lelaki mereka.

“Syukran masyaAllah sedap namanya yang memiliki kecerdasan dan ilmu pengetahuan yang luas (seperti Ibnu Jarir), serta memiliki keberanian, ketegasan, dan sifat adil dalam memimpin (seperti Umar bin Khattab) Nama ini mencerminkan kombinasi antara karakter pribadi yang baik (terpuji), intelektualitas yang tinggi, serta keteguhan jiwa dalam menegakkan kebenaran. Semoga nama ini menjadi doa yang baik bagi pemiliknya.”

“Barakallahu fiika akhi Fattah Amin. Moga anak kalian membesar jadi anak yang soleh. Sedapnya nama, Muhammad Jarir. Teringat saya kepada penulis kitab Tafsir iaitu Muhammad Ibn Jarir At-Tabari. Tafsir At-Tabari ni salah satu kitab tafsir yang agung dalam ilmu Al-Quran dan Sunnah.
Tahniah @fattahaminz & @amiraaothman.”

Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |