Kemenangan sensasi Hakim Danish Ramli di Grand Prix (GP) Republik Czech bukan sahaja mencuri perhatian peminat sukan permotoran, malah cara pelumba muda negara itu menjawab soalan media antarabangsa turut menjadi bualan ramai.
Menerusi rakaman temu bual selepas perlumbaan, ramai memuji keyakinan Hakim yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris walaupun masih muda.
Di ruangan komen media sosial, rata-rata netizen mempertahankan Hakim daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan penguasaan bahasa Inggerisnya. Bagi mereka, keberanian untuk berkomunikasi di pentas dunia jauh lebih penting berbanding kesempurnaan tatabahasa.
Seorang netizen menulis:
“Hentam saja broken English. Kat sana tadak sapa nak gelak. Malah depa hormat lagi adalah. Level dunia punya racing ni. Bukan rempit level kg. Respek la bro.”
Komen tersebut menerima sokongan ramai yang berpendapat Hakim berjaya menyampaikan mesej dengan baik dan profesional kepada media antarabangsa.
Untuk rekod, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mencipta sejarah apabila muncul juara Moto3 di GP Republik Czech sekali gus menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk kembali menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas dunia.
Lebih membanggakan, di sebalik kejayaan besar yang diraih, Hakim masih dilihat sebagai seorang anak muda yang merendah diri dan tidak pernah melupakan pegangan hidupnya.
MURAI melihat apa yang lebih penting adalah keberanian Hakim membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa. Bukan semua orang mampu berdiri di hadapan media dunia selepas bergelar juara. Hakim bukan sahaja membuktikan kemampuannya di litar, malah menunjukkan keyakinan sebagai atlet bertaraf antarabangsa.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

6 hours ago
4













![[REVIEW] The Grand Slam Unplugged 2: Bukan Sekadar Konsert, Ia Seperti Mesin Masa Buat Peminat Slam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-13.22.05.webp)


















![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)