Limp Bizkit Akhirnya Ke Malaysia, Tapi Peminat Persoal, “Adakah Lirik Lagu Akan Ditukar?”

9 hours ago 5

“Takkan lah Limp Bizkit datang buat concert kt sini. Carutan dalam lagu dia je dah 90%. Takkan concert jadi setengah jam je nanti hahaha.”

Itu antara reaksi spontan netizen selepas berita kumpulan nu metal terkenal dari Amerika Syarikat, Limp Bizkit, bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 9 Disember 2026.

Walaupun ramai teruja dengan peluang menyaksikan sendiri persembahan kumpulan yang mencipta fenomena menerusi lagu seperti Break Stuff, Nookie dan Rollin’, ada juga peminat yang mula mempersoalkan bagaimana isu kandungan lirik akan diuruskan.

Malah, beberapa peminat secara berseloroh menyentuh mengenai penggunaan bahasa kasar yang menjadi antara identiti dalam lagu-lagu Limp Bizkit.

“Dengar-dengar Limp Bizkit nak buat konsert kat Malaysia.. kasi jadi la kali ni! Tapi lirik dia banyak F word.. haha,” tulis seorang lagi pengguna.

Bagi peminat muzik rock, perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Limp Bizkit sememangnya dikenali dengan gaya muzik yang agresif, penuh tenaga dan lirik yang lebih berani sejak kemunculan mereka pada era kegemilangan nu metal sekitar penghujung 1990-an.

Namun, di sebalik kebimbangan tersebut, pengumuman kehadiran Limp Bizkit tetap disambut baik apabila ramai tidak menyangka kumpulan itu akhirnya bakal menjejakkan kaki ke Malaysia selepas bertahun-tahun dinanti.

Penganjur, Hitman Solutions, mengumumkan konsert eksklusif “One-Stop Asia Show” itu akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, sekali gus menandakan kemunculan sulung Limp Bizkit di hadapan peminat tempatan.

Persoalan mengenai pemilihan lagu dan kemungkinan penyesuaian persembahan kini menjadi perhatian peminat, sama ada kumpulan itu akan mengekalkan gaya asal mereka atau melakukan beberapa perubahan khas untuk pentas Malaysia.

Tiket konsert akan mula dijual pada 30 Jun 2026 bermula jam 12 tengah hari menerusi platform rasmi Hitman Live.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |