Pelakon, Aedy Ashraf mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa buat ibunya sempena Hari Ibu pada 10 Mei.
Mohon Maaf Tak Dapat Beri Segulung Ijazah
Aedy menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa dia tidak dapat menghadiahkan segulung ijazah, namun filem arahannya, Tarung: Unforgiven diharapkan dapat membuatkan ibunya merasa bangga dengan kejayaannya itu.
“Ibu, terima kasih, ini untuk awak. Saya mungkin tidak dapat memberikan ibu segulung ijazah, tetapi ini terasa seperti hari graduasi saya.
Filem pertama saya, dihasilkan dengan penuh kasih sayang, pengajaran, dan pengorbanan yang anda beri untuk saya membesar. Saya harap saya buat awak bangga, ibu. Selamat Hari Ibu.”-tulis Aedy di Thread

Ibu Aedy Beri Respon!

Dalam pada itu, ibu kepada Aedy iaitu Liza Zain turut memberi respon kepada hantaran anaknya itu dengan menyifatkan Aedy sentiasa membuat dia rasa bangga selain mengakui rasa bahagia melihat anaknya itu membesar menjadi seorang yang rajin bekerja, bersemangat dan sepenuh hati dalam apa yang dilakukannya itu.
“Allahuakbar adik, anakku, kamu tidak pernah perlukan segulung ijazah untuk buat ibu bangga. Melihat kamu membesar menjadi seorang yang rajin bekerja, bersemangat, dan sepenuh hati macam ni pun dah lebih dari cukup buat ibu rasa bahagia. Kamu sentiasa buat ibu bangga.
Terima kasih sebab hargai semua kasih sayang dan pengorbanan ibu. Melihat filem pertama kamu sudah menjadi hadiah terbesar untuk ibu. Tahniah adik. Ya Allah luaskan dan limpahkan rezeki anakku dan sentiasalah dalam lindunganMu. I love you so much my son.”-balas Liza kepada Aedy
Apa komen anda?

2 hours ago
2








![[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-50-1.webp)

























![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)







![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)



![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



