Check Cepat! SEHATi PERKESO Bagi Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ramai Baru Tahu Ada Benefit Ni

2 hours ago 3

Menjaga kesihatan sekarang bukan lagi pilihan, tapi satu keperluan lebih-lebih lagi bila ramai mula berdepan masalah kesihatan seperti darah tinggi, diabetes dan kolesterol pada usia muda. Sebab itu ramai mula beri perhatian kepada platform SEHATi PERKESO yang kini jadi antara inisiatif kesihatan paling membantu untuk rakyat Malaysia.

Menariknya, ramai pencarum PERKESO sebenarnya layak menerima pemeriksaan kesihatan percuma, tapi masih belum tahu cara semak dan mohon menerusi aplikasi SEHATi ini. Lagi best, semuanya boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu pening kepala beratur panjang!

Apa Itu SEHATi PERKESO?

SEHATi merupakan platform digital rasmi di bawah PERKESO yang diwujudkan bagi membantu rakyat Malaysia mengakses pelbagai perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah dan pantas.

Platform ini hadir dalam bentuk portal web dan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna:

  • Semak kelayakan saringan kesihatan percuma
  • Tempah janji temu klinik panel
  • Simpan rekod kesihatan digital
  • Akses rawatan bencana kerja (RBK)
  • Pantau kesihatan secara berkala

Platform ini juga diwujudkan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (NCD) lebih awal seperti:

  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Risiko penyakit jantung
  • Kanser serviks & payudara

Fungsi Menarik Dalam Aplikasi SEHATi

Antara ciri utama yang ditawarkan dalam aplikasi SEHATi ialah:

  • Semakan status kelayakan secara pantas
  • Carian klinik panel berhampiran
  • Tempahan janji temu online
  • Penyimpanan keputusan saringan secara digital
  • Pemantauan rekod kesihatanBaucar & manfaat kesihatan
  • Pengimbas QR untuk daftar masuk pantas

Memang all in one untuk urusan kesihatan!


Siapa Yang Layak Buat Saringan Kesihatan Percuma?

Untuk Program Saringan Kesihatan (HSP) PERKESO, syarat utama kelayakan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  • Pencarum aktif PERKESO
  • Sekurang-kurangnya satu caruman dibuat pada tahun semasa
  • Mempunyai minimum 12 bulan caruman di bawah Skim Keilatan

Kalau anda memenuhi syarat ini, besar kemungkinan anda layak untuk buat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Apa Yang Diperiksa Dalam Saringan HSP?

Antara pemeriksaan yang ditawarkan termasuk:

  • Pemeriksaan Fizikal
  • BMI
  • Tekanan darah
  • Pemeriksaan doktor
  • Ujian Darah & Air Kencing
  • Kolesterol
  • Glukosa / HbA1c
  • Fungsi buah pinggang
  • Saringan Untuk Wanita
  • Pap Smear
  • Mammogram
  • Kesihatan Mental
  • Saringan tekanan, keresahan & kemurungan (DASS-21)

Semuanya ditanggung oleh PERKESO bagi yang layak.

Cara Semak Kelayakan SEHATi

Terdapat dua cara mudah untuk semak kelayakan:

1. Melalui Aplikasi SEHATi

  1. Muat turun aplikasi SEHATi di Google Play Store atau Apple App Store
  2. Daftar akaun menggunakan MyKad
  3. Klik “HSP Eligibility”
  4. Status layak akan dipaparkan serta-merta

2. Melalui Portal Web

Layari portal rasmi: SEHATi

  • Masukkan nombor MyKad untuk semakan status kelayakan.

Cara Mohon Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Kalau dah layak, ini langkah seterusnya:

Langkah 1

  • Muat turun aplikasi SEHATi dan daftar akaun.

Langkah 2

  • Lengkapkan soal selidik kesihatan dan DASS-21.

Langkah 3

  • Pilih klinik panel berhampiran.

Langkah 4

  • Tetapkan janji temu.

Langkah 5

  • Hadir ke klinik bersama MyKad dan bukti janji temu.

Mudah sangat!

Tip Penting Sebelum Buat Saringan

Sebelum hadir ke klinik, pastikan anda:

  • Berpuasa 6 hingga 8 jam
  • Tidak merokok sebelum pemeriksaan
  • Tidak bersenam sebelum ujian
  • Minum air kosong sahaja

Untuk wanita yang ingin buat Pap Smear:

  • Elakkan hubungan kelamin dua hari sebelum ujian
  • Buat ujian sekurang-kurangnya lima hari selepas haid tamat

Kalau Status “NOT ELIGIBLE” Macam Mana?

Ramai juga pengguna SEHATi yang terkejut bila status keluar “NOT ELIGIBLE”.

Antara sebab utama:

  • Umur tidak memenuhi syarat
  • Caruman tidak aktif
  • Tidak cukup tempoh caruman
  • Bukan warganegara Malaysia
  • Sudah menjalani saringan HSP sebelum ini

Namun jangan risau, anda mungkin masih layak untuk Rawatan Bencana Kerja (RBK).

Apa Itu Rawatan Bencana Kerja (RBK)?

RBK membolehkan pekerja yang mengalami kemalangan ketika bekerja menerima rawatan segera tanpa bayaran pendahuluan di klinik panel PERKESO.

Cara dapatkan rawatan:

  1. Hadir ke klinik panel
  2. Tunjuk MyKad
  3. Klinik semak status melalui SEHATi
  4. Rawatan diberikan secara cashless jika layak

Aplikasi SEHATi boleh dimuat turun secara percuma mengikut jenis peranti yang anda gunakan. Berikut adalah pautan rasmi untuk muat turun:

Selepas muat turun:

  1. Daftar Akaun: Gunakan nombor MyKad (kad pengenalan) anda yang sah.
  2. Sahkan Profil: Pastikan maklumat peribadi anda tepat seperti dalam rekod PERKESO
  3. Semak Kelayakan: Klik menu HSP Eligibility untuk melihat jika anda layak mendapat saringan kesihatan percuma.

NOTA: Log masuk SEHATi di laman sesawang adalah portal khusus untuk pihak klinik (panel) dan majikan sahaja.

Bagi Murai zaman sekarang ramai sibuk cari duit sampai lupa check kesihatan sendiri. Sedangkan bila sakit datang, kos rawatan boleh jadi lagi mahal. Jadi bila dah ada peluang buat pemeriksaan percuma melalui SEHATi PERKESO ni, memang rugi kalau tak guna.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |