Demam BTS makin terasa apabila pelbagai info penting mengenai konsert mereka di Kuala Lumpur mula dikongsikan pihak penganjur. Bagi ARMY yang dah bersedia untuk ‘war ticket’, ada beberapa perkara yang wajib ambil tahu sebelum tekan butang checkout nanti.
Ini antara info paling penting supaya tak kelam-kabut pada hari jualan tiket!
1. Konsert Ini Fully Seated & Stadium Terbuka
Konsert akan berlangsung dalam stadium terbuka dengan konsep semua penonton duduk. Namun begitu, jarak dan sudut pandangan setiap tempat duduk adalah berbeza bergantung pada zon masing-masing.
2. Umur Minimum 6 Tahun
Bahagian tempat duduk hanya dibenarkan untuk penonton berusia 6 tahun ke atas. Untuk ARMY bawah 16 tahun pula, wajib ditemani penjaga sah berumur 18 tahun dan ke atas yang turut mempunyai tiket.
3. Maksimum 4 Tiket Satu Transaksi
Pihak penganjur menetapkan hanya empat tiket dibenarkan bagi setiap transaksi. Jadi kalau nak beli sekali untuk satu geng, kena rancang betul-betul.
4. Ahli Weverse Ada Had Pembelian Sendiri
Bagi ARMY MEMBERSHIP PRESALE, setiap ID Weverse hanya boleh membeli maksimum empat tiket bagi setiap tarikh konsert.
5. Had Keseluruhan Hanya 8 Tiket
Walaupun ada beberapa fasa jualan seperti presale dan general sale, jumlah keseluruhan tiket yang boleh dimiliki tetap maksimum lapan tiket bagi setiap tarikh persembahan.
Kalau dah capai had ketika LIVE NATION PRESALE, memang tak boleh tambah tiket masa general sale nanti.
6. Masa Pada Tiket Bukan Masa Check-In VIP
Ramai selalu keliru bab ni. Masa yang tertera pada tiket hanyalah waktu persembahan bermula, bukannya waktu check-in VIP atau pembukaan pintu masuk.
ARMY disarankan sentiasa semak info terkini di akaun rasmi Live Nation Malaysia dan media sosial mereka.
7. Golive Asia Satu-Satunya Platform Rasmi
Penganjur turut menegaskan bahawa hanya Golive Asia merupakan platform jualan tiket rasmi yang dibenarkan.
Jadi elakkan beli daripada scalper atau laman tidak sah sebab tiket boleh dibatalkan tanpa pampasan.
8. Presale Tak Semestinya Dapat Seat Terbaik
Walaupun presale memberi akses awal, ia tidak menjamin tempat duduk lebih dekat atau lebih bagus berbanding jualan umum.
Semuanya masih bergantung pada sistem dan ketersediaan seat ketika pembelian dibuat.
9. Pentas Konsep 360 Darjah
Konsert kali ini menggunakan pentas 360 darjah tanpa “front stage” rasmi. Ini bermaksud penonton boleh menikmati persembahan dari keseluruhan stadium.
Namun begitu, sesetengah view mungkin sedikit terlindung disebabkan struktur pentas, kamera atau posisi artis ketika persembahan berlangsung.
10. Restricted View Tak Boleh Refund
Ada seat yang mungkin mempunyai halangan seperti pagar, tiang, kamera atau peralatan produksi. Malah untuk floor seating, kerusi portable digunakan dan tiada elevasi khas.
Paling penting, tiket restricted view atau seat yang terhalang tidak boleh ditukar, dibatalkan atau dipulangkan semula.
Buat ARMY Malaysia, nampaknya perang tiket kali ini memang kena masuk dengan strategi dan persediaan penuh. Jadi sebelum hari jualan tiba, pastikan internet laju, akaun dah ready dan paling penting… jangan panik!
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
9


![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)














![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)




















![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
