Pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa menitipkan rasa syukur setelah kemelut panjang mengenai hak penjagaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya menemui titik noktah yang indah apabila pihak mahkamah memutuskan bahawa hak jagaan penuh kekal diberikan kepadanya sebagai ibu kandung.
Fatin Afeefa menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia kini hanya mahu semua orang untuk ‘move on’ secara tenang selain memberikan fokus terhadap hal yang perlu.
“Alhamdulillah, setelah 3 tahun, kes hadhanah akhirnya tamat. Hak jagaan penuh kekal diberikan kepada saya sebagai ibu kandung.
Pada saat ini, saya hanya mahu semua orang untuk move on secara tenang dan fokus pada perkara yang perlu. Kesejahteraan Ivy, tiada lagi alasan desakan yang tidak perlu.
Suara Ivy juga penting, dan dia berhak didengari. Marilah kita laksanakan peranan kita dengan sewajarnya untuknya.”-kongsi Fatin di Instagram
“Allah Telah Menjawab Doa Kamu..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti menitipkan rasa syukur dan bangga melihat ketabahan Fatin yang berulang alik ke mahkamah untuk berjuang demi anak perempuannya, Ivy Herra Sophia.
“Alhamdulillah, melihat kamu melalui turun naik mahkamah selama ini, menyaksikan perjuangan dan kekuatan kamu, saya sangat bangga dan gembira melihat kamu. Allah telah menjawab doa kamu, dan Ivy sangat bertuah mempunyai kamu sebagai ibunya.”-Intan Najuwa
“Alhamdulillah, moga segalanya yang terbaik untuk you dan anak-Dena Bahrin
“Ni baru hadhanah kalau sambung dengan nafkah mahu pergi 10 tahun sebab tu saya pilih tu tuntut kat sana je lah.”
“Saya masih ingat ketika kes penceraian saya 3 tahun lalu, awak datang dan duduk di hadapan saya. Ya Allah lama betul drag eh, masa tu pihak sana tak hadir.”
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja..
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
11


![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)













![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)




















![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
