Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah mata! Dari emas 21K (875) hingga emas 22K (916), setiapnya direka khas untuk memenuhi citarasa moden dan klasik, sambil mengekalkan keanggunan dan tradisi Aidilfitri.
Yang paling menarik, koleksi ni diinspirasikan dari 14 negara berbeza, menjadikan setiap rekaan unik, sofistikated dan bercirikan global. Ada rantai panjang, gelang lebar dalam pilihan emas kuning, emas ros, dan emas putih, sesuai untuk mereka yang mahukan gaya moden tapi tetap classy.

Untuk menambah glamor, koleksi Raya ini dipersembahkan dalam Aura Aidilfitri 2026, pertunjukan fesyen eksklusif oleh pereka fesyen Diraja Malaysia, Dato’ Radzuan Radziwill, memang aura eksklusif berganda!
Dan kalau nada mahukan pengalaman lebih personal, Malabar Promise memberikan ketenangan fikiran dengan jaminan ketelusan harga, ketulenan emas dan berlian, serta nilai pertukaran 100%, selain perkhidmatan reka bentuk peribadi untuk pelanggan yang mahukan jewelry custom-made.

Untuk memeriahkan lagi, Artistry Show akan berlangsung dari 24 Januari hingga 2 Februari 2026, mempamerkan koleksi edisi terhad dan peluang pertukaran eksklusif, termasuk pertukaran emas 22K dan berlian lama.
Bilik Pameran Flagship Bangsar
Malabar Gold & Diamonds juga baru sahaja membuka bilik pameran flagship terbaharu di 67, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Lokasinya premium, menawarkan pengalaman membeli-belah yang eksklusif, selesa dan privasi tinggi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bahriah Mohd Tamil dari MITI, bersama Yang Mulia Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi dan Datin Hezeita, serta barisan kepimpinan Malabar Gold & Diamonds.

M.P. Ahammad, Pengerusi Malabar GroupMenurut M.P. Ahammad, Pengerusi Malabar Group:
“Bilik pameran Bangsar bukan sekadar cawangan baru. Ia simbol komitmen kami dalam menetapkan piawaian baru dari segi ketelusan, inovasi, dan nilai bertanggungjawab.”
Dengan pembukaan ini, Malabar Gold & Diamonds kini mengendalikan sembilan bilik pameran di Malaysia, sambil terus menggabungkan kemewahan global dengan nilai etika dan kelestarian.

1 month ago
75









![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)




![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)