Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Mahu Elak Fitnah & Salah Faham
Kongsi Mimie di Threads, dia berkongsi statusnya itu bagi mengelakkan daripada fitnah dan salah faham di masa depan.
“Untuk mengelakkan fitnah dan mengelakkan salah faham di masa depan. Saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya.
Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Kami berdua meneruskan kehidupan masing-masing. Kami juga cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami.”-kongsi Mimie di Threads

Dalam pada itu, Mimie menerusi hantaran di Insta Stories turut menitipkan doa agar dia diberikan kekuatan dan rezeki untuk menjaga amanah yang diberikan oleh Allah SWT.
“Mimie kalau boleh tak nak sebut pasal ni atau kecoh, tapi nak elakkan sebarang firnah atau salah faham terutama dalam bidang kerja saya. Jangan tanya saya lagi.
Takdir Allah, itu sahaja yang saya boleh beritahu. Semoga Allah bagi Mimie kekuatan dan rezeki menjaga amanah Allah yang berharga kepada Mimie, Yusuf & Musa.”-tulis Mimie di Instagram
Telah Tamat Tempoh Iddah

Tidak berkongsi lanjut mengenai punca keruntuhan rumah tangganya, Mimie turut memaklumkan bahawa dia telahpun tamat menjalani tempoh iddah.
“Saya juga sudah tamat tempoh iddah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu.”-tambah Mimie lagi

Sekadar info, Mimie pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairril Anuar pada 16 Oktober 2022 sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sebelum itu, Mimie juga pernah berkahwin pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak berpanjangan dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka..Apa komen anda?

3 weeks ago
53












![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)

![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)






![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
