
Petinju muda sensasi negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo kembali mencuri perhatian netizen selepas sebuah video memaparkan dirinya berkongsi nasihat tentang kehidupan tular di media sosial.
Jojo yang mula dikenali ramai menerusi aksi cemerlangnya dalam arena Muay Thai antarabangsa dilihat bercakap secara santai namun penuh makna mengenai kepentingan bersyukur dan menjaga hubungan dengan Allah.
Menurut Jojo, antara perkara paling penting dalam hidup adalah tidak meninggalkan solat kerana ia mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih mudah dan tenang.
“Kalau hidup tak tinggal solat, hidup akan jadi semakin mudah dan semakin tenang,” katanya.
Selain itu, Jojo turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menyebut “Alhamdulillah” dan bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik.
Apa yang turut menarik perhatian apabila Jojo berkata seseorang yang sihat akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan, namun jika sedang sakit, hanya satu perkara sahaja yang difikirkan iaitu mahu sembuh daripada sakit tersebut.
Matang di Usia 19 Tahun
Kata-kata yang disampaikan anak muda berusia 19 tahun itu membuatkan ramai kagum dengan kematangan cara pemikirannya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura yang dilihat cukup tersentuh dengan nasihat dikongsikan Jojo.
“Dalam usianya baru 19 tahun, dia mampu berkata-kata sebegini? Alhamdulillah,” tulis Fazura di ruangan komen.
Turut meninggalkan reaksi ialah pelakon popular Tiz Zaqyah yang turut memuji kata-kata Jojo.
Rata-rata netizen juga bersetuju bahawa nasihat yang dikongsikan atlet muda itu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini dan boleh dijadikan peringatan untuk sentiasa menghargai nikmat kesihatan serta ketenangan hidup.
The post Fazura Puji Johan Ghazali, Pesanan Ringkas Pasal Ibadah & Kesihatan Buat Ramai Tersentuh appeared first on Murai MY.

5 hours ago
5





![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)

































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)






![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)


![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

