
Ahli perniagaan Datuk Mohd Hafez Halimi berkongsi khabar gembira apabila isterinya, pelakon Datin Nelydia Senrose telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada Ahad baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Hafez sendiri di akaun Instagram miliknya, sambil menitipkan ucapan gembira atas kelahiran putera sulung mereka.
“Sayangku, terima kasih atas setiap pengorbanan yang awak lakukan, untuk setiap air mata, setiap kekuatan, dan setiap degupan jantung yang membawa anak lelaki kita dengan selamat ke dalam pelukan kita. Awak bukan sahaja melahirkan bayi lelaki yang cantik tetapi awak juga memberi saya hadiah terhebat yang pernah saya terima. Hari ini, awak melengkapkan keluarga kecil kita.”
Datin Nelydia Senrose dan suami, Datuk Hafez HalimiHafez juga meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana memakbulkan doa mereka selepas menantikan kehadiran cahaya mata sulung selepas bertahun-tahun.
“Alhamdulillah sayang, Allah dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga, menjawab setiap doa yang kita bisikkan selama ini. Hati saya tidak pernah terasa begitu penuh, dan saya rasa saya tidak akan pernah menemui kata-kata yang cukup untuk mengucapkan terima kasih kepada-Nya atas nikmat ini.”
Pada masa yang sama, ramai yang meluahkan rasa tersentuh melihat penghargaan ahli perniagaan itu kepada Nelydia atas pengorbanannya.
“Terima kasih kerana menjadikan saya suami yang paling bangga, dan kini, ayah yang paling bertuah. Saya sayang awak lebih daripada yang dapat diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana memberi saya keluarga yang sentiasa saya doakan.”
Di ruangan komen Datuk Mohd Hafez Halimi itu, ramai yang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi serta Datin Nelydia Senrose.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
The post “Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh appeared first on Murai MY.

4 hours ago
2

















![[VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-7-3.webp)































