Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

1 day ago 11

Kalau sebut sahaja Kuala Terengganu, mesti ramai terbayangkan satu benda, pemandangan cantik Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang menjadi antara mercu tanda moden negeri itu.

Tapi baru-baru ini, satu luahan daripada seorang rakyat Terengganu di Threads mencuri perhatian ramai. Bukan sebab jambatan itu ada masalah, tetapi kerana kewujudan sebuah bangunan di sebelahnya yang didakwa “mengganggu” pemandangan ikonik tersebut.

Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

Bukan Bangunan, Tapi Rekaan Yang Dipersoalkan

Menurut luahan tersebut, isu sebenar bukanlah kewujudan bangunan itu, tetapi reka bentuk dan warna yang dianggap kurang menarik serta tidak selari dengan imej kawasan sekitarnya.

Ada netizen menyifatkan bangunan berkenaan nampak terlalu biasa, malah ada yang menyamakannya seperti rumah flat. Bagi mereka, apabila sesuatu kawasan sudah menjadi tarikan utama pelancong, aspek visual juga perlu diberi perhatian.

Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

Untuk info korang, Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu dan menjadi salah satu simbol kebanggaan negeri. Di sebelah kawasan tersebut turut berdiri bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Jambatan Angkat Kuala Terengganu Patut Lebih Menonjol

MURAI faham, setiap bangunan pasti ada fungsi dan tujuan tersendiri. Tapi dalam masa sama, bila sesuatu lokasi sudah menjadi “wajah” negeri, mestilah kita nak ia nampak lebih wow, kan?

Bukan nak kecam pembangunan, cuma mungkin selepas ini aspek reka bentuk dan keserasian dengan kawasan ikonik boleh diberi lebih perhatian.

Sebab kadang-kadang, satu pemandangan yang cantik boleh jadi kenangan buat pelancong… dan kebanggaan buat orang tempatan.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |