Dalam dunia bisnes makanan, ramai boleh buka kedai, tapi bukan semua mampu bina jenama yang orang sanggup datang semula. Bagi MURAI, itulah cabaran sebenar dalam industri makanan sekarang. Bukan sekadar kena sedap, tapi kena ada identiti dan sebab kenapa pelanggan patut pilih kita.
Itulah yang cuba dibawa oleh usahawan muda, Mohammad Assraf Maidin Koty, 33, menerusi jenama terbaharunya, Ayam Gepuk 57 yang baru sahaja dilancarkan di Wisma Central, Kuala Lumpur.
Menariknya, Ayam Gepuk 57 bukan muncul secara tiba-tiba. Ia merupakan hasil daripada pengalaman Assraf yang sebelum ini membina nama menerusi jenama Warong Maa Abah serta beberapa perniagaan lain di bawah AMK Group seperti Daporchelah, Westplate Factory dan The John AMK.
Rahsia Pertama: Faham Apa Pelanggan Mahu
Kalau ramai usahawan sibuk mengejar trend, Assraf nampaknya memilih jalan berbeza iaitu melihat sendiri apa yang pelanggan cari.
Menurutnya, idea membuka Ayam Gepuk 57 tercetus selepas melihat permintaan tinggi terhadap menu ayam gepuk yang kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Menu ini kini mencatatkan permintaan yang tinggi, sedang menjadi tren dan telah menjadi makanan harian rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama,” jelasnya.
Bagi MURAI, ini antara perkara yang menarik tentang perjalanan beliau. Kadang-kadang idea bisnes terbaik bukan datang daripada sesuatu yang terlalu complicated, tapi daripada mendengar kehendak pelanggan sendiri.
Ayam Gepuk 57 hadir dengan konsep ayam gepuk premium yang digabungkan bersama lapan jenis ulam segar seperti petai, kacang panjang, terung dan tomato.
“Kami menawarkan menu istimewa iaitu ayam gepuk yang dimakan bersama ulam-ulaman. Lapan jenis ulam disediakan untuk setiap set hidangan antaranya petai, kacang panjang, terung, tomato dan lain-lain”-tambahnya lagi.
Bukan sekadar nak bagi kenyang, konsep ini cuba memberikan pengalaman makan yang lebih lengkap dengan gabungan sambal padu, ayam berkualiti dan elemen makanan yang lebih seimbang.
Nombor 57 Bukan Sekadar Nama
Nama Ayam Gepuk 57 juga mempunyai cerita tersendiri. Menurut Assraf, nombor tersebut dipilih kerana mudah diingati pelanggan, selain mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
Tarikh 5 Julai merupakan tarikh kelahirannya pada tahun 1993, manakala beliau juga merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Sebab itu nombor 57 dianggap sebagai nombor bertuah yang dekat dengan kehidupannya.
Berani Labur Untuk Besarkan Jenama Ayam Gepuk 57
Untuk membuka cawangan pertama Ayam Gepuk 57 di Wisma Central, Assraf melaburkan kira-kira RM300,000. Lokasi tersebut dipilih kerana berada di kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan ramai.
Kini, Ayam Gepuk 57 turut mempunyai satu lagi cawangan di Shah Alam Seksyen 23, dan Assraf menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Bagi MURAI, kisah Assraf ini membuktikan bahawa kejayaan dalam bisnes bukan hanya tentang modal besar. Kadang-kadang ia bermula dengan keberanian mencuba, tahu apa pelanggan suka dan paling penting, konsisten menjaga kualiti.
Dengan gabungan rasa, konsep unik dan strategi yang jelas, Ayam Gepuk 57 mungkin bakal jadi satu lagi nama yang mencuri perhatian dalam dunia makanan tempatan. Siapa tahu, nombor 57 ini mungkin membawa tuah yang lebih besar selepas ini?
Anda dah cuba Ayam Gepuk 57 belum? Kalau belum, nampaknya kena masuk dalam food hunting list lepas ni!
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 hours ago
1

















![[VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-7-3.webp)



































