‘Comeback’ Selepas 7 Tahun, Azar Azmi Kembali Dalam ‘Bulan Henti Bicara’

6 hours ago 2

Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Bulan Henti Bicara, yang mula bersiaran malam ini menerusi slot Megadrama Astro Ria.

Sejak pengumuman rasmi mengenai pembabitannya dibuat pada Mei lalu, keterujaan peminat jelas dapat dirasai. Malah, video pengumuman yang diterbitkan oleh Bambam Studios mencetuskan fenomena apabila meraih lebih 1 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus membuktikan bahawa nama Azar Azmi masih mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan tempatan. 

Lebih istimewa, kepulangan Azar bukan sekadar penampilan semula di kaca TV, malah beliau membawa watak yang penuh emosi dalam sebuah naskhah yang mengangkat isu kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan dan penderaan rumah tangga.

Azar Azmi Dalam ‘Bulan Henti Bicara’

“Saya mengambil masa seminggu untuk memberi jawapan menerima watak Faziah yang diberikan. Untuk jadi Faziah bukan mudah kerana dia mengharapkan kasih sayang tetapi tidak dapat. Untuk menerima watak ini, saya diyakinkan sendiri oleh penerbit, pengarah dan pasukan kerja. Alhamdulillah saya dapat bekerjasama dengan kak Eyra. Kak Eyra sebagai pengarah sangat membantu untuk membentuk seorang Faziah dan menjadikan apa yang penonton lihat pada hari ini.”

Bulan Henti Bicara mengisahkan perjalanan hidup Zulfa, seorang wanita yang terperangkap antara tanggungjawab sebagai anak yang taat kepada bapanya dan sebagai isteri yang menjadi mangsa penderaan mental serta fizikal. Dalam usahanya mempertahankan maruah dan kebahagiaan keluarga, Zulfa terpaksa berdepan pelbagai ujian yang menguji kekuatan hati, kepercayaan dan harga dirinya.

@bambamstudiosofficial

3 jam lagi, Bulan Henti Bicara Jom usha BULAN HENTI BICARA Setiap Isnin – Khamis, 10 malam di Astro Ria hanya dengan Astro X3 atau aplikasi sooka. Layari astro.com.my untuk info lanjut. #BulanHentiBicara #BamBamStudios #sooka

♬ original sound – bambamstudiosofficial – bambamstudiosofficial

Azar Azmi Antara Barisan Pelakon ‘Bulan Henti Bicara’

Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan dibarisi barisan pelakon berpengalaman serta generasi baharu seperti Ezzanie Jasny, Azhan Rani, Azar Azmi, Ali Reza, Farah Ahmad, Hushairy Hussein, Azri Iskandar, Qireen Din, Myra Afrina, Qaseh Izwandy, Qaiyum Aiesha, Nik Ramly @ Poknik, Qistina Rania dan Rafique Iskandar. 

Dengan gabungan jalan cerita yang sarat emosi, lakonan mantap serta kemunculan semula Azar Azmi yang dinanti-nantikan peminat, Bulan Henti Bicara dilihat berpotensi menjadi antara naskhah paling diperkatakan tahun ini dan meneruskan momentum kejayaan slot Megadrama Astro.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bulan Henti Bicara yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria, serta boleh distrim pada bila-bila masa menerusi aplikasi sooka.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |