Kembali Di Mata Dunia, Litar Antarabangsa Sepang Simpan 6 Cerita Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

2 hours ago 2

Selepas sekian lama tidak menjadi pentas utama Formula 1, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali mencuri perhatian apabila Malaysia bakal menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix pada 2 hingga 4 Oktober.

Lebih menarik, perlumbaan ini mencipta sejarah tersendiri kerana buat pertama kali dalam sejarah Formula 1, sebuah perlumbaan akan dipindahkan ke negara lain selepas lokasi asalnya dibatalkan. Walaupun berlangsung di Malaysia, acara ini kekal menggunakan nama rasmi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix, tertakluk kepada kelulusan akhir termasuk pengesahan daripada World Motor Sport Council.

Momen ini membuktikan Sepang masih mempunyai nilai besar dalam dunia permotoran global. Tapi sebelum kembali menjadi tumpuan dunia, tahukah anda litar ikonik ini sebenarnya menyimpan banyak cerita menarik?

Siap Dalam Masa Setahun

Litar Antarabangsa Sepang

Pembinaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula pada 1 November 1997 dan siap pada 1998. Dalam masa singkat, Malaysia berjaya memiliki litar bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan negara.

Kos Pembinaan Cecah RM286 Juta

Sepang dibina dengan kos sekitar RM286 juta dan ketika itu dianggap antara litar paling moden di rantau Asia.

Direka Oleh Hermann Tilke

Litar Antarabangsa SepangHermann Tilke

Reka bentuk Sepang merupakan hasil tangan Hermann Tilke, jurutera Jerman yang turut mereka beberapa litar Formula 1 terkenal dunia.

Kimi Räikkönen Cipta Sejarah Di Sepang

Litar Antarabangsa SepangKimi Räikkönen

Pada Grand Prix Malaysia 2003, pelumba Finland Kimi Räikkönen meraih kemenangan Formula 1 pertamanya bersama McLaren di Sepang. Beliau menamatkan perlumbaan hampir 40 saat di hadapan pesaing terdekat.

Kisah Sayu Marco Simoncelli

Litar Antarabangsa SepangPelumba Itali Marco Simoncelli meninggal dunia selepas kemalangan di Selekoh 11

Pada 23 Oktober 2011, dunia MotoGP berduka apabila pelumba Itali Marco Simoncelli meninggal dunia selepas kemalangan di Selekoh 11 ketika MotoGP Malaysia. Perlumbaan tersebut dihentikan sebagai tanda penghormatan.

Litar Antarabangsa Pernah Jadi Pentas Hiburan

Litar Antarabangsa SepangGood Vibes Festival yang menampilkan artis antarabangsa termasuk Sabrina Carpenter

Bukan hanya perlumbaan, Sepang turut menjadi lokasi acara hiburan besar seperti Good Vibes Festival yang menampilkan artis antarabangsa termasuk Sabrina Carpenter.

Bagi MURAI, kenyataan ini membuktikan bahawa Sepang masih mempunyai nilai besar di mata dunia. Bukan sekadar litar lama, tetapi sebuah lokasi yang pernah menjadi saksi sejarah Formula 1 dan masih mampu menarik perhatian peminat sukan permotoran global.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |