Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang sangat mewah ketika mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkannya, baru-baru ini.
Aliff Syukri menerusi video yang dimuatnaik di Threads, mengakui rasa teruja apabila dapat melihat kediaman Azrinaz yang menggabungkan unsur moden dan klasik yang sangat mewah.
“Jom kita selongkar Azrinaz Mazhar Hakim. Sebenarnya saya teruja lihat rumah Azrinaz. Rumah ni lawa sangat. Antara rumah yang tercantik saya pernah pergi, inilah rumahnya.
Teruja lihat rumah orang Melayu yang cantik begini, beri semangat kepada kita. Terlalu moden dan klasik. Bayangkan tandas sahaja ada karpet. Bilalah saya nak duduk rumah secantik ini kan.”-kata Aliff di Thread

“Dato Lebih Dari Mampu..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat kediaman mewah bekas wartawan penyiaran ini, malah ramai yang meminta Aliff Syukri untuk tidak bersikap merendah diri disebabkan kediamannya juga sangat mewah seperti sebuah istana.
“Mak selalu pesan, tu rezeki orang. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Rezeki semua orang tak sama. Alhamdulillah.”
“Rumah Dato tu dah cukup lawa dah. Macam istana.”
“Saya tak suka rumah besar-besar Dato. Nanti anak tak nak duduk. Mereka nak beli sendiri. Jadi kita rumah kecik je senanglah kemas dah tua, anak duduk jauh tak lah penat nak kemas.”
“Dato lebih dari mampu, InsyaAllah rezeki sentiasa ada.”
“Bila saya nak ada rumah cantik macam ni. Meanwhile rumah dia lagi besar lagi mewah!.”
“Berduit and with very good taste 👍🏼 Datuk Alif berduit cuma kena improve taste tu lebih sikit. My best wishes to both Cik Puan and Datuk.”
“Subhanallah…sedangkan rumah teres dua tingkat pon tak terkemas apatah lagi rumah camni. Bukan setakat beli mahal nak maintain Pon Mahal yer..”
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.

9 hours ago
11


![[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7.webp)



![[VIDEO] Norman Hakim Mohon Maaf Dengan Maria Danisha, Netizen Puji](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6.webp)












![[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4.webp)

















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




