Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali ini, AirAsia Malaysia (AK) datang dengan satu laluan yang lebih bijak dan fleksibel. Bermula 15 Jun 2026, AirAsia memperkenalkan laluan Kaohsiung–Osaka, sebahagian daripada perkhidmatan Kuala Lumpur–Kaohsiung.
Laluan ini menggunakan konsep Penerbangan Kebebasan Kelima. Ringkasnya, ia ialah penerbangan yang berhenti di negara yang bukan negara asal syarikat penerbangan, kemudian menurunkan atau mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bunyi teknikal sikit, tapi untuk penumpang, maknanya lebih banyak pilihan dan lebih jimat masa.

Menurut Pengurus Besar AirAsia Malaysia, Dato’ Kapten Fareh Mazputra, kejayaan laluan kebebasan kelima sebelum ini antara Taipei dan Fukuoka dengan faktor muatan melebihi 90 peratus menjadi bukti bahawa strategi ini benar-benar berkesan.
Bagi MURAI, kelebihan paling besar laluan Kaohsiung–Osaka ini ialah kebebasan merancang perjalanan. Traveller Malaysia kini boleh susun trip dua negara, Taiwan dan Jepun dalam satu laluan, tanpa perlu tukar syarikat penerbangan atau berkejar-kejar ketika transit.
Gambar di hasilkan oleh teknologi AITransit di Kaohsiung pula lebih tenang. Tak sesak macam lapangan terbang besar, tak perlu sprint ke gate sambil pegang kopi dan pasport serentak. Semua boleh dibuat dengan lebih relaks, sesuai dengan mood bercuti.
Laluan ini juga dilihat ideal untuk budget traveller, solo traveller dan mereka yang mahu laluan alternatif selain destinasi popular yang sering sesak. Pendek kata, ini laluan untuk yang suka melancong dengan otak, bukan sekadar ikut arus.
Bagi meraikan pelancaran ini, AirAsia menawarkan tambang promosi bermula daripada TWD2,690 untuk Kaohsiung–Osaka dan JPY11,990 bagi Osaka–Kaohsiung. Tempahan dibuka sehingga 15 Februari 2026, dengan tempoh perjalanan dari 15 Jun hingga 24 Oktober 2026.
Kesimpulannya, laluan Kaohsiung–Osaka ini mungkin nampak ringkas, tetapi impaknya besar lebih fleksibel, lebih jimat dan lebih masuk akal untuk pengembara masa kini. Kadang-kadang, perjalanan yang paling best bukan yang paling laju, tapi yang paling bijak dirancang.

10 hours ago
9


![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)












![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)
![[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/dc7b43ba-0ccd-4764-b462-aefcaaf1cb9d.webp)
















![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)




![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)







![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)

