Rakuten Kobo secara rasminya membuka pameran imersifnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KL), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Pameran imersif ini bertujuan untuk menarik orang ramai ke gerainya (No.207). Dengan gabungan teknologi membaca, pengalaman AI interaktif dan penyelesaian membaca digital yang berfokuskan gaya hidup.
Foto – Rakuten KoboKobo mempersembahkan pameran amali yang menampilkan generasi eReader terkini yang direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup membaca yang berbeza. Daripada peranti membaca harian yang ringan kepada eReader berwarna canggih dengan fungsi mencatat nota.
Antara eReader Kobo, Kobo Libra Colour, terutamanya varian putihnya, telah muncul sebagai model terlaris di Malaysia. Peranti ini mempunyai paparan warna 7 inci dengan fungsi mencatat nota tulisan tangan.
Selain Kobo Libra Colour, pengunjung juga boleh meneroka Kobo Clara Colour mudah alih untuk bacaan warna yang mengasyikkan. Manakala Kobo Clara BW memberikan pengalaman membaca hitam putih tanpa gangguan.
Foto – Rakuten KoboDikuasakan oleh teknologi paparan E Ink Kaleido 3, eReader berwarna Kobo membolehkan pengunjung merasai kulit buku, ilustrasi, anotasi dan kandungan visual dalam warna yang kaya.
Peranti ini juga menampilkan teknologi ComfortLight PRO, perlindungan kalis air IPX8, sokongan Bluetooth dan jangka hayat bateri yang lebih lama.
Foto – Rakuten KoboSelain itu, ia juga memperkenalkan pengunjung kepada Pengalaman Foto AI Kobo, salah satu tarikan interaktif paling popular di reruai. Pengunjung yang mengikuti Kobo Malaysia di Instagram atau TikTok boleh mengubah diri mereka menjadi potret janaan AI.
Potret yang diinspirasikan oleh percintaan, fiksyen sains, fantasi inspirasi Harry Potter dan juga pengembaraan detektif inspirasi Sherlock Holmes.
Penyertaan Kobo di Pesta Buku Antarabangsa KL 2026 datang di tengah-tengah momentum berterusan dalam pasaran membaca digital global apabila pembaca semakin mencari pengalaman membaca mudah alih dan bebas gangguan.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
3












![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)
























![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)





![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)



![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

