Syarikat penerbangan tambang rendah terkenal dari Vietnam, Vietjet sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan pelancaran laluan baharu Hanoi-Prague yang bakal memulakan operasi pada 10 Oktober 2026.
Berita ini pastinya menarik perhatian pengembara Malaysia yang gemar meneroka destinasi luar negara, khususnya Eropah, kerana laluan baharu itu menawarkan pilihan perjalanan yang lebih mudah dan mampu milik. Menariknya, penerbangan tersebut akan melalui Almaty, Kazakhstan sebelum tiba di Prague menggunakan pesawat Airbus A330 milik Vietjet.
Buat permulaan, laluan ini akan beroperasi dua kali seminggu iaitu pada setiap Selasa dan Sabtu. Penerbangan akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi pada jam 8.25 pagi sebelum tiba di Lapangan Terbang Vaclav Havel Prague pada jam 6.55 petang waktu tempatan.
Apa yang lebih menarik, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk ke Eropah menerusi sambungan penerbangan Vietjet dari Kuala Lumpur ke bandar utama Vietnam seperti Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang. Secara tidak langsung, laluan ini bukan sahaja sesuai untuk pelancong, malah memudahkan perjalanan pelajar, ahli perniagaan serta mereka yang mahu menikmati percutian ke beberapa negara dalam satu trip.
Sempena pelancaran laluan baharu ini, Vietjet turut menawarkan tambang promosi yang agak menarik dengan harga kelas Eco bermula USD405 (sekitar RM1,915) sehala, manakala kelas Deluxe pula bermula USD459 (sekitar RM2,170) sehala termasuk pelbagai kemudahan tambahan seperti bagasi daftar masuk, hidangan panas dan pemilihan tempat duduk percuma.
Memperluaskan hubungan antara Asia Pasifik serta Eropah
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vietjet, Nguyen Thanh Son, pembukaan laluan ini merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk terus berkembang sebagai kumpulan penerbangan global dan memperluaskan hubungan antara Asia Pasifik serta Eropah.
Dalam masa sama, Prague yang terkenal dengan gelaran “Golden City” sememangnya menjadi destinasi impian ramai pelancong kerana keindahan seni bina klasik Eropah, sejarah yang kaya serta akses mudah ke negara jiran seperti Austria, Jerman, Hungary dan Poland.
Bukan itu sahaja, penumpang yang memilih Vietjet juga boleh menikmati pengalaman penerbangan lebih selesa menerusi armada moden syarikat itu bersama hidangan panas yang diinspirasikan daripada masakan Vietnam seperti Pho dan Banh Mi sepanjang perjalanan.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

10 hours ago
6






![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)
































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)






![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)


![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

