Pelakon dan usahawan, Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tampil memberikan penjelasan mengenai isu jodoh dan kehidupan peribadinya.
Menerusi komennya di platform Threads, Fazura meminta orang ramai untuk tidak ‘campur tangan’ dan menentukan hala tuju hidupnya. Akuinya, dia mahu menjalani kehidupannya dalam keadaan tenang dan mencari kebahagiaannya sendiri.
“Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini. Tak perlu la sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.”
Walau bagaimanapun, Fazura mendedahkan dia telah menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T mengenai perancangan hidupnya.
“Allah S.W.T. lebih mengetahui dan maha berkuasa ke atas segalanya, pasti aturan rahsiaNya yang terbaik. Kun Fayakun. Mohon doakan yang baik-baik, itu sahaja. Sayang semua.”
Untuk makluman, sebelum ini Fazura meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila segelintir pihak cuba memadankan dirinya denganbeberapa individu tertentu.
“Kadang-kadang ada yang cakap saya sesuai dengan VVIP, bukan dalam industri, sesuai dengan orang ini, orang itu. Tapi kadang-kadang yang kita rasa terbaik, adakah kita nak pilih ataupun Allah yang pilih? Tenang saja, tak perlu fikir teruk sangat mahu dengan orang ini, orang itu. Nak tekan-tekan dan tentukan, tak perlu.”
Luahan Nur Fazura mendapat perhatian ramai, apabila rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon itu.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
6




![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)
































![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)






![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)


![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

