Sebelum Ini Sold Out, yung kai Kini Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Baharu!

11 hours ago 7

Kalau lagu “blue” masih jadi playlist wajib anda, ada berita yang confirm buat ramai tak sabar. Penyanyi alternatif indie-pop, yung kai, bakal kembali ke Malaysia menerusi jelajah “stay with the ocean, i’ll find you: Asia 2026” yang akan singgah di Zepp Kuala Lumpur pada 6 November 2026.

Konsert di Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada jelajah terbesar yung kai di Asia setakat ini, melibatkan sembilan bandar termasuk Shanghai, Bangkok, Singapura, Manila, Taipei, Hong Kong, Seoul dan Tokyo.

Boleh Nyanyi Sama-Sama Lagu Viral yung kai

Bagi yang pernah terlepas konsertnya sebelum ini, inilah peluang kedua untuk menikmati persembahan secara langsung. Antara lagu yang dijangka menghangatkan pentas ialah “blue” dan “teach me how to dance”, dua lagu yang cukup popular dalam kalangan peminat.

Youtube video

Lebih menarik, Asia bukanlah tempat asing buat penyanyi ini. Ketika jelajah Asia pada 2025, tiket konsertnya habis dijual dan menerima sambutan luar biasa. Sebab itu, bila mengumumkan kepulangannya, yung kai sempat berseloroh kepada peminat dengan mesej ringkas, “Asia don’t you worry… yung kai is back!”

Jangan Terlepas Tarikh Jualan Tiket

Penyanyi alternatif indie-pop, yung kai, bakal kembali ke Malaysia

MURAI rasa konsert ini antara yang patut diberi perhatian, terutama bagi peminat muzik indie-pop yang sukakan suasana persembahan lebih intim di Zepp KL.

Prajualan tiket untuk peminat bermula 3 Ogos, diikuti pemegang kad Mastercard pada 4 Ogos dan ahli Live Nation pada 5 Ogos. Jualan umum pula dibuka pada 6 Ogos, bermula jam 11 pagi.

Kalau tengok sambutan jelajah sebelum ini yang sold out, memang ada kemungkinan tiket kali ini pun akan cepat “licin”. Jadi, siapa yang dah lama tunggu yung kai kembali ke Malaysia, mungkin dah boleh siap-siap set alarm.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |