Kalau sebelum ini singgah ke 99 Speed Mart sekadar nak beli barang dapur atau snek, bermula Ogos 2026 nanti ada satu lagi benda yang boleh masuk dalam troli. Midea secara rasmi menjalin kerjasama strategik dengan 99 Speed Mart bagi membawa rangkaian peralatan rumah mereka ke semua cawangan di seluruh negara.
Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dan dilihat sebagai langkah besar buat Midea dalam memperluaskan lagi kehadiran jenamanya di Malaysia. Sebelum ini pun Midea sudah membuka 18 kedai jenama sendiri, jadi kolaborasi ini memang nampak macam next level.
Nak Cari Blender, Rice Cooker Atau Kipas di 99 Speed Mart? Semua Lebih Senang
Menurut Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, pengguna kini lebih mudah mendapatkan pelbagai produk seperti mesin pengisar, periuk nasi, cerek elektrik, kipas, pembakar roti, ketuhar mini, penyedut hampagas dan dapur memasak.
Bila digabungkan dengan rangkaian 99 Speed Mart yang memang ada hampir di setiap kawasan, produk Midea kini lebih dekat dengan komuniti. Memang kena dengan slogan 99 Speed Mart, “Near & Save.”
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah pula, kerjasama ini membantu syarikat menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, khususnya peralatan rumah berkualiti yang semakin mendapat permintaan.
Win-Win Untuk Pengguna
Pada pandangan MURAI, ini antara kerjasama yang memang masuk akal. Ramai pengguna hari ini lebih suka beli barang di lokasi yang dekat dan mudah diakses berbanding perlu ke pusat beli-belah semata-mata untuk mencari peralatan rumah.
Dengan trend rumah pintar dan peralatan cekap tenaga yang semakin popular, langkah Midea ini bukan saja memperluaskan pasaran mereka, malah memudahkan pengguna mendapatkan produk tanpa perlu bersusah-payah. Senang cerita, kalau dah singgah beli barang dapur, boleh terus survey perkakas rumah sekali. Mudah, cepat dan jimat masa.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

12 hours ago
7


![[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-9-6.webp)















































