Filem ‘TERBANG’ Angkat Kisah Malaysia Di Pentas Dunia

9 hours ago 6

Malaysia bakal menyaksikan sebuah kisah luar biasa yang meraikan keberanian melangkaui batas, semangat juang dan rasa bangga terhadap negara menerusi filem ‘TERBANG’. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 17 September hadapan.

‘TERBANG’ diarahkan oleh pengarah tersohor, Chiu Keng Guan, nama yang sinonim dengan karya-karya yang menyatukan rakyat dari semua latar seperti ‘OlaBola’ dan ‘The Journey’.

‘TERBANG’ Diinspirasikan Oleh Kisah Karamjit Singh

Meneruskan identiti penceritaan Chiu Keng Guan dalam mengangkat kisah tempatan yang sarat dengan inspirasi dan nilai kemanuasian, beliau membawakan sebuah lagi naratif Malaysia yang dekat di hati.

Diinspirasikan daripada perjalanan sebenar legenda rali negara, Karamjit Singh, TERBANG mengangkat kisah anak Malaysia yang berani mencabar batasan untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Orang Ramai Berpeluang Sertai ‘TERBANG’

Pelbagai inisiatif menarik turut diperkenalkan untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk masuk ke dalam dunia TERBANG, menjadikan pengalaman menonton lebih imersif dan bermakna. Antaranya:

  • Cabaran Rali Bersama TERBANG x STING 
Legenda rali negara, Karamjit Singh

Orang ramai dicabar untuk mencipta semula bunyi enjin rali paling kreatif di media sosial. 5 pemenang dengan jumlah ‘likes’ paling banyak berpeluang untuk sertai TERBANG x STING Cabaran Rali, di mana merasai sendiri pengalaman di litar rali bersama Karamjit Singh pada 8 Ogos 2026. Maklumat lanjut boleh dapatkan di platform media sosial Astro Shaw. Penyertaan kini bermula hingga 6 Ogos 2026.

  • Kembara EV Bersama TERBANG x STING:

Kembara road trip dari Kuala Lumpur ke Johor ini melibatkan kereta-kereta EV yang disertai oleh barisan pelakon dan peminat dengan pengalaman eksklusif bersama TERBANG dan STING.

Filem ‘TERBANG’

Trip istimewa ini mengalu-alukan peminat untuk turut serta kembara ini dengan kereta EV masing-masing, selain aktiviti interaktif dalam meraikan semangat TERBANG. Sesi kembara ini berlangsung pada 2 September 2026, flag off jam 8.00pagi. 

  • TERBANG x U Mobile

Melalui kolaborasi bersama U Mobile, peminat dibawa menyelami proses pembikinan filem melalui The Making Of (TMO), yang mengetengahkan penggunaan teknologi generasi baharu yang belum pernah diterapkan dalam filem tempatan sebelum ini. Selain itu, peminat berpeluang untuk dapatkan cerderahati eksklusif serta sertai sesi ramah mesra bersama barisan pelakon.

  • Reka Kereta Rali Impian Anda

Reka sebuah kereta rali dengan reka bentuk paling menarik. Peserta harus merakam video yang memaparkan proses mereka bentuk atau melukis kereta rali impian masing-masing. Rekaan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah-hadiah menarik. Maklumat lanjut boleh dapatkan di platform Astro Gempak. Penyertaan bermula 29 Julai 2026.

  • TERBANG di Acara ART of Speed

Acara autoshow terbesar di Malaysia yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 1 dan 2 Ogos 2026. Peminat boleh bertemu dengan barisan pelakon TERBANG dan legenda rali negara, Karamjit Singh.

  • Let Your Creativity Fly STING Challenge

Dengan kerjasama jenama STING, peminat boleh hasilkan poster dan video TERBANG mengikut kreativiti. 20 pemenang akan dipilih dan hasil poster dan video akan dipaparkan dalam filem TERBANG dan tiket ke acara Malam Gala TERBANG. Penyertaan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2026. Untuk maklumat lanjut dapat di platform Astro Shaw. 

Filem 'TERBANG'Filem ‘TERBANG’
  • Koleksi Eksklusif TERBANG

Antara koleksi eksklusif yang harus dimiliki adalah kereta diecast PROTON PERT, t-shirt, topi edisi terhad, set pelekat bertemakan rali, keychain, serta origami kereta yang diinspirasikan daripada kereta rali di dalam filem.

  • Pakej Tayangan Korporat

Seiring dengan semangat pasukan yang ditampilkan dalam filem ini, TERBANG beri peluang buat organisasi dan syarikat untuk dapatkan satu pakej tempahan khas untuk tayangan eksklusif TERBANG buat pekerja, rakan niaga atau pelanggan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak Astro Shaw. 

  • Siri Jelajah Filem

Barisan pelakon TERBANG akan hadir temui penonton dan peminat di lokasi-lokasi pawagam terpilih.  18, 19, 20 September di Pantai Timur, 25, 26, 27 September di Kedah, Pulau Pinang, Perak, 2, 3, 4 Oktober di Johor, Melaka, 9, 10, 11 Oktober di Lembah Klang.

Filem ‘TERBANG’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 17 September 2026. Filem ini juga akan ditayangkan di pawagam dalam format 4DX.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |