[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya

8 hours ago 3

Baru-baru ini seorang pengguna Threads telah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa keping gambar dan video mengenai penemuan objek asing di dalam botol kicap miliknya.

Berdasarkan kongsiannya, botol kicap yang terjatuh dan pecah itu telah mengandungi bangkai dua ekor cicak. Menurutnya, kicap itu baru dibeli dan hanya digunakan beberapa kali sahaja.

“Berharap jugak cicak tu masuk kat rumah, tapi kicap baru beli, baru beberapa kali guna sebab nak makan ayam gepuks.”

botol KicapFoto – @sh4xyz1207 (Threads)

Bangkai Cicak Dalam Botol Kicap

Jelas individu itu lagi, penutup botol kicap miliknya tidak dibiarkan terbuka selepas digunakan. Insiden ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada cicak masuk selepas individu itu guna atau semasa proses pembungkusan di kilang.

“Yang pasti selalu tutup rapat dan tak pernah tengok penutup terbuka masa nak guna ya (guna seorang je kat rumah sewa). Tak tahulah nak kata fresh ke tak, yang pasti cicak yang tengah dah barai, tisu badan dah rosak perut dah terburai. Yang besar tu pulak dah kembung tunggu masa. Kedudukan cicak-cicak pun sus je berpeluk.”

Jenama Kicap Yang Sama Pernah Dilanda Kontroversi

Hantaran tersebut telah menjadi bualan ramai, apabila ada yang berkongsi kicap jenama itu pernah dilanda kontroversi yang sama sebelum ini.

“Ini bukan 1st time ada cicak dalam botol ABC kicap ni. Kicap dari Indon ni banyak restoran ayam gepuk pakai.”

“Sis dulu pun kicap ABC jugak ada issue sama. Ada cicak jugak. Lama dah dulu.”

“Stop la beli kicap ni dah banyak kes pasal dalam botol kicap ada cicak even kakak saya sendiri pun dah terkena dah habis satu botol kicap baru nampak bangkai cicak dalam botol kicap tu, sumpah menggelikan.”

Cuba check jenama kicap kamu di rumah, ada ke yang pakai kicap tersebut?

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

2

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |