Berita Baik Buat Warga Tentera, AEON Bank Permudah Pembukaan Akaun Digital

10 hours ago 6

Kalau sebelum ini proses buka akaun bank mungkin mengambil sedikit masa, kini ada berita baik khas buat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sempena sambutan Hari Pahlawan, AEON Bank tampil dengan satu pembaharuan yang pastinya memudahkan urusan mereka.

Kini, Kad Pengenalan MyTentera boleh digunakan untuk proses pengesahan identiti (eKYC) ketika mendaftar akaun melalui aplikasi AEON Bank. Maknanya, semuanya boleh dibuat terus dari telefon pintar, bila-bila masa dan di mana saja. Lagi mudah, lagi cepat!

Lepas Daftar, Banyak Kemudahan Menanti

Bila akaun sudah siap diaktifkan, pelanggan boleh terus menikmati pelbagai kemudahan perbankan patuh Syariah seperti Akaun Simpanan-i, Kad Debit-i AEON Bank x Visa, Deposit Bertempoh-i, Savings Pot, DuitNow QR, pembayaran bil, JomPAY, Takaful dan pembayaran zakat.

Yang menarik, AEON Bank juga ada Neko Missions, program ganjaran berkonsepkan permainan yang buat pengalaman menggunakan aplikasi jadi lebih menyeronokkan. Ada juga Neko Sensei, pembantu kewangan berasaskan AI yang boleh membantu pengguna mengurus kewangan dengan lebih bijak.

AEON Bank Permudah Pembukaan Akaun Digital

AEON Bank Permudah Pembukaan Akaun Digital AEON Bank Permudah Pembukaan Akaun Digital

Suka Bila Teknologi Digunakan Untuk Mudahkan Urusan

Bagi MURAI, ini antara inisiatif yang memang praktikal. Bukan saja memudahkan anggota tentera membuka akaun tanpa perlu ke cawangan, malah menunjukkan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memberi pengalaman perbankan yang lebih mesra pengguna.

Lebih meyakinkan, deposit yang layak di AEON Bank turut dilindungi PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Jadi, selain mudah, pelanggan juga boleh berurusan dengan lebih yakin. Bila urusan perbankan dah semakin ringkas macam ini, memang lagi senang nak fokus kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupan seharian

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

2

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |