KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”.
Siri ini merupakan kerjasama antara AXN Asia serta Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board/ STB), yang mengetengahkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan kepada penonton di seluruh dunia.
AXN Ultimate Challange: Sarawak
Siri bergerak pantas yang terdiri daripada empat episod berdurasi 15 minit, menggabungkan cabaran penuh adrenalin, penerokaan budaya dan penceritaan digital yang menarik dalam setiap episod.
AXN Ultimate Challenge: SarawakDua pasukan pencipta kandungan akan bersaing dalam pelbagai cabaran fizikal dan mental yang diinspirasikan daripada landskap semulajadi serta warisan budaya Sarawak yang kaya.
AXN Ultimate Challenge: SarawakSepanjang pertandingan, para peserta akan menguji kemahiran, daya tahan dan semangat berpasukan sambil menyelami kehidupan komuniti tempatan, menikmati pengalaman budaya yang unik serta meneroka lokasi-lokasi tersembunyi yang jarang dipaparkan di skrin televisyen.
AXN Ultimate Challenge: SarawakAntara tema yang diketengahkan adalah semangat komuniti, penerokaan, ekopelancongan dan tradisi, sekali gus menawarkan perspektif baharu terhadap Sarawak.
Jadual Tayangan “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”
“AXN Ultimate Challenge: Sarawak” bakal membuat tayangan perdana menerusi saluran YouTube AXN Asia pada 31 Julai, sebelum disusuli di saluran YouTube AXN Taiwan pada 4 Ogos.
AXN Ultimate Challenge: SarawakBermula 4 Ogos, siri ini turut disiarkan di AXN East Asia, AXN Singapore dan AXN China pada setiap hari Selasa, pukul 9.30 malam (GMT+8), selama empat minggu berturut-turut.
Tayangan ulangan pula akan disiarkan pada setiap hari Khamis pada pukul 8.35 malam dan Ahad pada pukul 8.45 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”, layari http://www.axn-asia.com, akaun media sosial AXN Asia dan AXN Taiwan.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

1 month ago
89




![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

