Hantaran seorang wanita, yang dikenali sebagai @nrl.ainnvn di platform Threads, menjadi bualan selepas meluahkan rasa terkejutnya menemui seekor ulat di dalam kek coklat jenama Apollo.
Berdasarkan hantaran tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa dia membeli kek coklat tersebut dari sebuah kedai serbaneka, Eco-Shop. Difahamkan, dia menyedari kewujudan ulat itu semasa menikmati makanan ringan tersebut.
“Saya beli Apollo ni dekat kedai Eco-Shop, saya makan macam biasa pastu saya nampak macam tergantung. Tak jangka pula ulat ada dalam Apollo tu, adoilah.”
Kongsian wanita itu dengan serta-merta menuai pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, termasuklah kritikan mengenai aspek kawalan kualiti produk makanan yang dijual di pasaran. Bukan itu sahaja, segelintirnya juga berkongsi pernah menghadapi keadaan yang seakan sama seperti wanita itu.
“Saya pun ada few times beli Apollo kat Eco-Shop berkulat ya. Kulat bukan Ulat. Masatu Eco-Shop takde aircond, panas. Pastu maybe kualiti pun tak sama dengan standard Apollo.”
Foto – @nrl.ainnvn (Threads)Walau bagaimanapun, seorang individu yang dikenali dengan nama May Adam, tampil memberi pandangan yang lebih rasional. Menurutnya, orang ramai tidak perlu menyalahkan pihak penjual, tetapi buat aduan secara terus kepada pihak pengeluar produk.
Foto – @sweetfishbrownsugar1 (Threads)Menghadapi perkara yang sama sebelum ini, May meminta orang ramai yang turut alaminya membuat aduan sewajarnya kepada pihak pengeluar dan pihak berkuasa yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk siasatan dijalankan dengan lebih telus dan berkesan.
Insiden seperti ini secara tidak langsung mengingatkan kita untuk sentiasa memeriksa produk makanan sebelum dimakan. Semoga bermanfaat!
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

9 hours ago
7










![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)

























![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)




![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)



![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)