Peminat Terharu, TWICE Dahyun Derma Hampir RM79K Kepada Pesakit Leukemia Sempena Hari Jadinya

10 hours ago 5

Ahli kumpulan TWICE, Kim Da Hyun atau lebih mesra disapa Dahyun, mencuri perhatian orang ramai selepas mendermakan 30 juta won (RM 78,620.19) untuk membantu pesakit leukemia di Korea Selatan.

Memetik kenyataan agensi Dahyun, JYP Entertainment memaklumkan bahawa Dahyun telah mengagihkan bantuan tersebut melalui Ulsan Community Chest of Korea.

Sumbangan itu dibuat bersempena dengan hari jadi Dahyun yang jatuh pada 28 Mei. Untuk makluman, dana tersebut akan digunakan untuk membantu menampung kos perubatan dan rawatan pesakit leukemia di wilayah Ulsan yang mengalami masalah kewangan,

Dalam kenyataannya, Dahyun mendedahkan dia mahu menjadikan hari jadinya lebih bermakna dengan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

“Saya ingin berkongsi kasih sayang yang saya terima pada hari jadi saya dengan orang lain. Saya berharap sumbangan ini dapat menjadi sumber kekuatan dan keselesaan. Walau sekecil mana pun bagi mereka yang sedang menjalani rawatan.”

Untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Dahyun terlibat dalam aktiviti sosial. Sebelum ini dia juga aktif dalam menyertai beberapa aktiviti amal dan sumbangan untuk pelbagai keperluan kemanusiaan.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |