Sudah lama tak rasa suasana festival budaya yang betul-betul meriah? Berita baik buat orang ramai, Citrawarna 2026 bakal kembali menggegarkan Dataran Merdeka pada 24 hingga 26 Julai ini dengan pelbagai persembahan, makanan tradisional dan aktiviti menarik yang meraikan keunikan budaya Malaysia. MURAI senaraikan lima perkara yang pasti buat ramai tak sabar nak datang!
1. Dataran Merdeka bakal bertukar jadi pentas penuh warna-warni
Selama tiga hari, Dataran Merdeka akan dihiasi dengan pelbagai persembahan budaya dari seluruh negara. Memang meriah dan sesuai untuk bawa keluarga atau rakan-rakan menikmati suasana festival.
2. Perarakan gergasi yang jadi acara kemuncak
Kalau ada satu acara yang wajib tengok, sudah tentu Citra Perarakan pada 25 Julai. Gabungan muzik, tarian dan kostum tradisional daripada kontinjen seluruh Malaysia dijangka menjadikan Dataran Merdeka lebih meriah dan memukau.
3. Kaki makan memang tak boleh lepaskan Citra Rasa
MURAI percaya bahagian ini pasti jadi tumpuan ramai. Pelbagai hidangan tradisional dan pengalaman gastronomi tempatan bakal disajikan. Datang dengan perut kosong memang satu kelebihan!
4. Banyak aktiviti budaya dan seni yang menarik
Bukan sekadar tengok persembahan, pengunjung juga boleh menikmati pameran seni, melihat demonstrasi kraf tangan tempatan serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan sepanjang festival berlangsung.
5. Festival ikonik yang dah jadi kebanggaan Malaysia
Sejak diperkenalkan pada 1999, Citrawarna sudah menjadi antara acara budaya paling dinanti setiap tahun. Lebih istimewa, edisi kali ini berlangsung sempena Visit Malaysia 2026 yang bakal memperkenalkan keindahan budaya negara kepada pelancong dari seluruh dunia.
MURAI rasa, kalau anda masih tercari-cari aktiviti menarik pada hujung Julai nanti, Citrawarna 2026 memang antara acara yang wajib dimasukkan dalam senarai!
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

5 hours ago
4




![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)





























![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)














