RM10 Segelas Air? Netizen ‘Sound’ Harga Minuman Bazar, Jenama Besar Pula Dipuji

18 hours ago 15

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar semestinya menjadi lokasi yang wajib disinggah oleh orang ramai. Namun, tahun ini, isu harga minuman kembali jadi perdebatan hangat apabila seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap harga air yang didakwa mencecah RM10 sehingga RM12 segelas.

Luahan di Thread itu pantas mengundang reaksi ramai, khususnya dalam kalangan pembeli yang merasakan harga tersebut tidak setimpal dengan kualiti yang diterima.

“Air Biasa Je, Bukan Premium”

Antara perkara yang dibangkitkan adalah jenis minuman yang dijual iaitu kebanyakannya air balang atau minuman kordial asas tetapi dijual pada harga seakan minuman kafe premium.

Ada yang mendakwa menerima minuman yang terlalu cair, kurang rasa, malah tidak segar walaupun dibeli tanpa ais.

Malah, terdapat juga komen menyatakan mereka sudah lama tidak mengunjungi bazar kerana merasakan harga semakin “tak masuk akal”.

Rata-rata berpendapat, berniaga ketika Ramadan bukan alasan untuk meletakkan harga tinggi tanpa alasan yang  munasabah.

via Thread /@littlemisswang_
via Thread /@bro60_40
via Thread /@miramosaaa

Kehadiran Jenama Besar Jadi ‘Wake Up Call’?

Dalam masa sama, kehadiran rangkaian minuman seperti ZUS Coffee dan Mixue di beberapa lokasi bazar turut menjadi topik perbincangan.

Ada yang melihat kemunculan jenama besar ini sebagai pencetus persaingan sihat. Dengan struktur harga yang lebih konsisten dan penjenamaan tersusun, sesetengah pengguna berpendapat ia secara tidak langsung memaksa peniaga kecil untuk menilai semula strategi harga masing-masing.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa kos tapak bazar boleh mencecah puluhan ribu ringgit, sekali gus memberi tekanan kepada peniaga kecil untuk menampung modal dan risiko kerugian.

via Thread /@phyoishere

Isu Harga vs Kos Operasi

Dalam perniagaan, penetapan harga bukan sekadar soal bahan mentah. Ia melibatkan kos sewaan tapak, tenaga kerja, logistik dan risiko barang tidak habis dijual.

Tetapi dari perspektif pengguna, harga tetap perlu selari dengan nilai (value proposition). J

ika produk yang diterima tidak memenuhi jangkaan dari segi rasa, kualiti dan kebersihan, persepsi “overpriced” sukar dielakkan.

Di sinilah pentingnya ketelusan dan kejujuran dalam berniaga, bukan sekadar mengejar margin, tetapi membina kepercayaan jangka panjang.

Pengguna Kini Lebih Peka

Apa yang jelas, pengguna hari ini semakin peka dan berani bersuara. Mereka membuat perbandingan harga dengan restoran francais atau rangkaian makanan segera yang mempunyai standard operasi dan kawalan kualiti lebih ketat.

Jika beza harga tidak jauh, pilihan pembeli mungkin berubah.

Akhirnya, isu ini bukan soal menjatuhkan mana-mana pihak. Ia lebih kepada keseimbangan antara kelangsungan peniaga kecil dan hak pengguna untuk mendapatkan harga yang adil.

Ramadan sepatutnya menjadi bulan keberkatan dan bukan medan perbalahan harga. Mungkin sudah tiba masanya semua pihak duduk semeja dan fikir, adakah harga yang diletakkan benar-benar wajar, atau sekadar ikut trend?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |