Hong Kong bukan lagi sekadar destinasi untuk membeli-belah, menikmati pemandangan bandar moden atau mencuba pengalaman budaya unik. Kini, bandar raya itu semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong Muslim apabila berjaya meraih tempat kedua kategori Destinasi Mesra Muslim (Bukan OIC) di Halal in Travel Awards 2026.
Malah, Hong Kong turut dinobatkan sebagai destinasi nombor satu bagi kategori Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Untuk Wanita (Non-OIC), membuktikan usaha mereka menyediakan pengalaman lebih selesa dan inklusif.
Ini antara 3 sebab kenapa Hong Kong semakin menjadi pilihan:
1. Mudah Cari Makanan Halal & Kemudahan Muslim
Antara perkara utama yang dicari pelancong Muslim ketika bercuti ialah makanan halal dan kemudahan yang sesuai.
Kini, Hong Kong menawarkan hampir 290 premis mesra halal, termasuk restoran halal serta hotel yang mendapat penarafan CrescentRating. Jadi, pelancong Muslim tidak perlu risau untuk mencari pilihan makanan dan penginapan yang lebih selesa.
2. Banyak Tarikan Popular Kini Lebih Mesra Muslim
Bukan sahaja hotel dan restoran, beberapa lokasi pelancongan terkenal di Hong Kong turut menerima pengiktirafan Halal in Travel Awards 2026.
Antaranya ialah Kai Tak Cruise Terminal sebagai Hab Pengangkutan Mesra Muslim, Dorsett Tsuen Wan Hong Kong sebagai Hotel Mesra Muslim dan Ocean Park Hong Kong sebagai Tarikan Mesra Muslim.
Ini memberi lebih banyak pilihan untuk pelancong menikmati percutian tanpa rasa terbatas.
3. Semakin Dekat Dengan Pelancong Malaysia
Usaha Hong Kong menarik pelancong Muslim turut mendapat sambutan apabila jumlah pelawat dari Malaysia meningkat sebanyak 9.7 peratus pada suku pertama 2026.
Menerusi kempen “Jelajah Hong Kong”, mereka turut mengetengahkan pengalaman yang lebih dekat dengan budaya Asia Tenggara, termasuk kerjasama bersama artis Malaysia seperti Ernie Zakri dan Syamel Aqmal.
Dengan gabungan tarikan ikonik, makanan halal dan kemudahan mesra Muslim, Hong Kong kini muncul sebagai destinasi yang lebih mudah, selesa dan menarik untuk diterokai pelancong Muslim.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
5



![[REVIEW] The Grand Slam Unplugged 2: Bukan Sekadar Konsert, Ia Seperti Mesin Masa Buat Peminat Slam](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-13.22.05.webp)









![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)



















![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)















