Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat Alam Flora, telah merempuh dan menghempap tiga buah kereta.
Insiden tersebut didakwa berlaku di kawasan Kondominium Pantai Hillpark, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Namun apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai adalah lori sampah milik syarikat pengurusan alam sekitar dan sisa pepejal itu telah membenarkan warga asing, berasal dari Bangladesh, memandu.
Lori Sampah Alam Flora Dipandu Warga Bangladesh
Kejadian tersebut telah menyebabkan kerosakan yang sangat teruk terhadap tiga kenderaan apabila lori sampah itu didakwa telah merempuh tembok pagar kondominum terbabit.
Foto – @mykhabar (TikTok)Menurut laporan tempatan, lori sampah berkenaan dipercayai mengalami kegagalan sistem brek ketika menuruni jalan sebelum hilang kawalan.
@mykhabarLESEN TARAK NO PROBLEM 👍🏻
♬ Accident – Mustafa Yazicioglu
Namun apa yang menjadi persoalan dan kemarahan orang ramai adalah, bagaimanakah syarikat berkenaan membenarkan, khususnya kelayakan dan status warga asing untuk memandu kenderaan tersebut.
“Nama kat lori tu ada mentioned company Alam Flora la. Macam tu je viral takde censored. Biasa company ni banyak dapat job masuk, untung pun banyak rasanya tu. Takkanlah gara-gara nak cut cost, driver lorry pun hire warga Bangladesh? Tak ambil warganegara Malaysia kan ramai?
Segelintirnya pula menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat status lesen dan juga kebenaran bekerja pemandu tersebut.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

10 hours ago
6
















![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)


























![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)



