Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

12 hours ago 7

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Ogos 2026.

Kalau selama ini kita hanya tengok trailer dan beberapa babak aksi yang dikongsikan, kali ini memang masa untuk rasai sendiri pengalaman CHELOT di layar perak. Persoalannya, apa yang membuatkan filem ini begitu menarik perhatian?

CHELOT Tampilkan Barisan Pelakon Hebat

Diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G.

Mengangkat kisah yang sarat dengan keberanian, pengorbanan serta pertarungan antara keadilan dan dunia jenayah, CHELOT menjanjikan aksi yang bukan sekadar ‘syok tengok’, tetapi turut membawa penonton menyelami konflik dan muslihat di sebalik setiap pergerakan.

Babak ‘One Take’ 1.9KM Tanpa Potongan

Chelot

Antara perkara yang paling mencuri perhatian pastinya babak aksi one take selama 5 minit 19 saat, yang merentasi laluan sepanjang 1.9 kilometer dari Quill City Mall ke Pertama Complex.

Lebih wow, babak tersebut diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai “Longest Single Take Action Sequence in a Movie.”

Untuk menghasilkan babak ini, produksi melibatkan lebih 300 kru, 150 hari persiapan, 60 jam latihan dan 8 jam penggambaran, selain menggunakan 50 kenderaan prop.

Bayangkan setiap pergerakan pelakon, kamera, kru dan kenderaan perlu tepat pada masanya kerana tiada ruang untuk tersilap. Sekali tersasar, kena ulang semula!

Jadi, Berbaloi Ke Turun Pawagam?

Dengan segala usaha yang dicurahkan, kini penonton pula boleh menjadi ‘juri’. Kalau anda peminat filem aksi atau mahukan pengalaman pawagam yang lebih intense bersama kawan dan keluarga, CHELOT mungkin antara tontonan yang patut masuk dalam senarai.

Jadi, 27 Ogos 2026, dah tahu nak tengok filem apa?

Ikuti perkembangan CHELOT bersama Primeworks Studios menerusi #CHELOT dan media sosial mereka untuk kandungan eksklusif serta aktiviti menarik berkaitan filem ini.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |