“Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

9 hours ago 6

Bagi yang setiap hari masuk ke Suria KLCC untuk bekerja, mungkin ada satu perkara yang sudah cukup familiar,  bau makanan yang kuat sebaik sahaja melangkah masuk.

Baru pagi-pagi nak masuk kerja, belum sempat minum kopi, hidung pula ‘disambut’ dengan bau minyak dan makanan yang agak kuat.

“Setiap hari kena lalu, memang stress”

KLCC

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang selesa dengan bau dari sebuah kedai beef roti di pusat beli-belah berkenaan.

“Bila Suria KLCC nak buang kedai beef roti tu. Emo gak lah pagi pagi gi kerja kena lalu situ pastu bau minyak lembu. Yucksss. It’s a public disturbance at this point,” luahnya.

KLCC

Nampaknya, dia bukan seorang yang merasakan perkara sama.

Seorang lagi pengguna membalas bahawa bau tersebut memang agak mengganggu, terutama bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam dan perlu berjalan melalui kawasan berkenaan setiap hari.

“Yaaa sangat tak senang bau tu… kalau melekat pada baju tu stress,” katanya.

Bau makanan sampai melekat pada rambut?

Lebih menarik perhatian, ada pula yang mendakwa bau tersebut bukan sekadar ‘lalu hidung’ untuk beberapa saat, tetapi boleh melekat pada tubuh dan rambut.

“Wehhhhhhh ni betul. Baran betul aku pagi2 masuk kerja bau goreng2. Dah satu hal pula hari2 nak kena basuh rambut,” tulis seorang pengguna.

Okay, yang ini mungkin boleh relate kalau anda memang bekerja di sekitar kawasan tersebut. Bayangkan baru sampai pejabat, tetapi rambut dan pakaian sudah membawa sekali ‘aroma sarapan’?

Bau makanan atau gangguan kepada pengunjung?

Namun begitu, isu ini sememangnya subjektif. Bagi sesetengah orang, bau makanan mungkin perkara biasa di pusat beli-belah. Tetapi bagi mereka yang melalui kawasan sama setiap hari, bau yang terlalu kuat dan berulang mungkin boleh menjadi sesuatu yang mengganggu.

Persoalannya, adakah pengurusan pusat beli-belah perlu mengambil perhatian terhadap isu bau seperti ini, atau ia sekadar perkara kecil yang perlu diterima sebagai sebahagian daripada pengalaman membeli-belah?

Apa pula pengalaman anda? Pernah alami situasi sama bila masuk ke pusat beli-belah?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |