5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

5 hours ago 4

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun di bawah inisiatif Moving KL Forward – Kita Bagi Jadi bukan sekadar projek biasa. Ia bertujuan untuk upgrade Kuala Lumpur jadi bandar yang lebih inklusif, kreatif dan berdaya saing. Menariknya, inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Hannah Yeoh.

1. Nak Semua Orang Rasa Ekonomi, Bukan Yang Besar Je

Idea dia simple, ekonomi Kuala Lumpur bukan untuk syarikat besar saja, tapi semua orang. Peniaga kecil, usahawan mikro dan komuniti bandar pun nak bagi peluang sama untuk berkembang. Tujuan dia supaya pertumbuhan ekonomi lebih “fair” dan inklusif.

2. Bantu Peniaga Kecil Go Digital

CIMB dan DBKL nak bantu PMKS (bisnes kecil dan sederhana) supaya lebih digital. Guna platform macam CIMB OCTO dan OCTO Biz, peniaga boleh urus jual beli dengan lebih mudah, cepat dan siap ada insentif macam cashback. Memang sesuai dengan trend bisnes sekarang.

3. Jadikan KL Bandar Seni & Budaya Yang Hidup

KL bukan setakat bandar kerja, tapi nak jadi bandar yang ada “vibe”. Sebab tu ada pelbagai program seni dan budaya seperti festival, konsert dan event bandar. Ini bukan saja hiburkan orang, tapi juga buka peluang rezeki untuk artis dan peniaga kecil.

4. Tarik Pelancong & Pelabur Dari Luar

Bila KL lebih aktif dan kreatif, automatik ia jadi tarikan pelancong dan pelabur. Ini penting untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai hab ASEAN yang lebih kuat, selari juga dengan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026.

5. Fokus Pada Kesejahteraan Rakyat

Selain ekonomi, aspek komuniti pun diberi perhatian. Ada program seni awam, bantuan komuniti dan inisiatif untuk bantu golongan berpendapatan rendah. Semua ini dibuat supaya rakyat boleh rasa manfaat terus, bukan sekadar projek atas kertas.

Dalam satu kenyataan, Hannah Yeoh berkata,

“Kerjasama ini mencerminkan bagaimana kerajaan dan sektor swasta boleh berganding bahu bagi menjana hasil ekonomi yang bermakna kepada rakyat… memastikan pertumbuhan yang inklusif, berteraskan rakyat dan mampan.”

CIMB + DBKL bukan sekadar buat program, tapi nak upgrade KL jadi bandar yang lebih hidup, moden dan semua orang boleh “join sekali dalam perkembangan ekonomi”.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |