Hotel Mewah Baharu Ini Bakal Buka Di KL, Ada 481 Bilik & Restoran Tertinggi!

17 hours ago 6

Kalau anda sedang mencari hotel baharu untuk staycation atau percutian di Kuala Lumpur, nama Conrad Kuala Lumpur mungkin boleh masuk dalam senarai. Hotel mewah ini kini sudah mula menerima tempahan dan dijangka dibuka pada penghujung 2026. Ia juga menjadi hotel pertama di Malaysia di bawah jenama Conrad Hotels & Resorts, salah satu jenama mewah milik Hilton.

Lokasinya berada di kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur, memang strategik untuk mereka yang mahu mudah bergerak sekitar bandar.

Nak ke Bukit Bintang? Hanya kira-kira lima minit berjalan kaki. Menara Berkembar Petronas dan Menara KL pula boleh dicapai dalam masa kurang 10 minit dengan kereta.

Lebih mudah, stesen monorel Raja Chulan berada tidak jauh dari hotel, manakala stesen MRT Bukit Bintang terletak sekitar 750 meter.

481 Bilik Dengan Pemandangan Kuala Lumpur

Conrad Kuala Lumpur akan mempunyai 481 bilik dan suite.

Saiz bilik bermula daripada 40 meter persegi untuk Deluxe Room, manakala Conrad Suite yang paling besar berkeluasan 220 meter persegi.

Reka bentuknya moden dan tidak terlalu sarat, dengan tingkap besar dari lantai hingga ke siling yang memberikan pemandangan bandar Kuala Lumpur.

Menariknya, elemen seni tempatan turut digunakan dalam reka bentuk hotel supaya tetamu dapat merasai sedikit identiti Kuala Lumpur sepanjang penginapan.

Enam Pilihan Makan & Minum

Bukan sekadar tempat tidur, hotel ini juga bakal mempunyai enam restoran dan bar.

Antara yang menarik perhatian ialah China Blue, restoran Cina yang dikatakan menjadi restoran Cina tertinggi di Kuala Lumpur.

Ada juga Gami Teppan untuk mereka yang sukakan hidangan Jepun yang dimasak secara teppanyaki di hadapan tetamu.

China Blue

Untuk acara pula, Conrad Kuala Lumpur menyediakan ballroom dan beberapa ruang khas untuk majlis perkahwinan, makan malam, persidangan dan acara korporat.

Nak Relax Pun Boleh

Kalau datang untuk staycation, ada juga Conrad Spa, pusat kecergasan dan kolam renang.

Tetamu yang membawa anak-anak pula boleh mencuba program The Young Explorers, manakala program Conrad 1/3/5 menawarkan pengalaman meneroka Kuala Lumpur berdasarkan masa yang ada satu, tiga atau lima jam.

Buat masa ini, tempahan sudah dibuka untuk penginapan bermula 1 Februari 2027.

Ahli Hilton Honors juga boleh menikmati tawaran pra-pembukaan tertentu, termasuk sarapan untuk sehingga dua orang dan 15,000 mata bagi penginapan minimum dua malam.

Jadi, kalau anda sudah mula merancang staycation tahun depan, mungkin boleh simpan nama Conrad Kuala Lumpur ini. Baru nak buka, tapi nampaknya memang banyak benda yang bakal ditawarkan.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |