Tak dinafikan dalam banyak-banyak keluarga diraja, ramai yang tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga diraja Brunei. Tambahan pula kebelakangan ini, muncul kisah seorang menantu Sultan Brunei telah ditarik semula gelarannya telah mencuri perhatian ramai.
Dan khasnya dalam entri kali ini, MURAI nak kongsikan dengan pembaca mengenai tiga menantu perempuan Sultan Brunei yang memiliki rupa paras yang sangat menawan. Bermula daripada;
1. Pengiran Anak Sarah
Pengiran Anak Sarah merupakan isteri Putera Mahkota Brunei iaitu Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2004.
Kisah mereka menjadi perhatian ramai apabila Pengiran Anak Sarah berusia 17 tahun ketika berkahwin, dengan perbezaan usia 13 tahun antara mereka.
Walaupun berkahwin semasa masih bergelar sebagai pelajar, Pengiran Anak Sarah telah menamatkan pengajian dengan kepujian dari Universiti Brunei Darussalam dan dianugerahkan Hadiah Buku dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera.
2. Pengiran Raabi’atul Adawiyyah
Yang kedua adalah Pengiran Raabi’atul Adawiyyah. Menjadi tumpuan ramai ketika ini, isteri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ini mempunyai kepakaran dalam bidang maklumat dan teknologi.
Pengiran Raabi’atul juga merupakan juara tilawah Al-Quran dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan.
Namun baru-baru ini, status dirajanya telah ditarik dengan serta-merta, didakwa kerana kelakuan yang disifatkan tidak melayakkan diri sebagai pasangan diraja, mencemarkan nama baik dan menunjukkan sikap tidak menghormati Sultan Brunei dan kerabat diraja.
3. Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah
Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah ialah isteri kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan cucu kepada Penasihat Khas Sultan Brunei iaitu Pehin Dato Isa.
Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2024 dan memiliki seorang cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.
Sebelum berkahwin, Anisha mempunyai perniagaan fesyen, Silk Collective, dan pemilik bersama syarikat pelancongan, Authenticary, bersama rakannya.
Kongsikan dengan MURAI, menantu Sultan Brunei manakah yang kamu paling minat?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

12 hours ago
6






![[VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/collage-1.webp)



![[VIDEO] Teringin Ayam Gepuk Selepas Pantang, Wanita Terkejut Dapat ‘Protein’ Tambahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/2.webp)






































