Hong Kong, Guangdong & Macao Ajak Rakyat Malaysia Terokai Greater Bay Area

8 hours ago 5

Hong Kong Tourism Board (HKTB) bersama Department of Culture and Tourism of Guangdong Province and Macao Government Tourism Office (MGTO) berganding bahu di Kuala Lumpur bagi memperkenalkan Greater Bay Area sebagai destinasi ideal untuk percutian pelbagai destinasi yang mudah dan lancar.

Diadakan setiap tahun di pasaran antarabangsa yang berbeza, acara promosi pelancongan Greater Bay Area tahun ini memilih Malaysia sebagai pasaran tuan rumah, mencerminkan kepentingan Malaysia yang semakin meningkat sebagai pasaran pelancongan keluar negara.

Bagi mempertingkatkan lagi pengalaman perjalanan rakyat Malaysia, HKTB telah menjalin kerjasama strategik bersama AirAsia dan tujuh ejen pelancongan yang mengambil bahagian bagi memperkenalkan pakej pelancongan Greater Bay Area serta pelbagai tawaran promosi. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pelancong menerokai pelbagai destinasi dalam satu perjalanan.

Greater Bay Area: Satu Perjalanan, Pelbagai Pengalaman

Merangkumi sembilan bandar di Wilayah Guangdong bersama Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macao, Greater Bay Area menawarkan peluang kepada pelancong untuk menikmati kepelbagaian budaya, makanan serta tarikan pelancongan dalam satu perjalanan yang saling berhubung dengan lancar:

  • Hong Kong memikat pengunjung dengan latar langit ikonik, kawasan kejiranan yang meriah, pengalaman gastronomi bertaraf dunia serta landskap semula jadi yang menakjubkan. Bandar raya ini juga terus memperluaskan penawaran mesra Muslim menerusi peningkatan jumlah restoran yang diperakui halal serta restoran milik  pengusaha Muslim, selain tarikan serta kemudahan yang lebih mesra Muslim.
  • Guangdong menawarkan gabungan dinamik antara inovasi, budaya dan gaya hidup moden, daripada landskap bandar Shenzhen yang moden hinggalah sejarah yang kaya serta tradisi kulinari Kantonis di Guangzhou.
  • Macao menawan pengunjung dengan gabungan unik warisan Timur dan Barat, Tapak Warisan Dunia UNESCO, gastronomi terkenal serta resort bersepadu bertaraf antarabangsa.

Rangkaian pengangkutan yang komprehensif, termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao, turut menjadikan perjalanan di seluruh Greater Bay Area lebih mudah dan lancar. Untuk maklumat lanjut mengenai Greater Bay Area, layari www.discovergreaterbayarea.com.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |