Wanita Kecewa Tayar Kereta Dicuri, Lebih ‘Frust’ Bila Berlaku Di Parkir Berbayar LRT

5 hours ago 6

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita, dikenali dengan nama Nani Jasmani, meluahkan rasa kecewanya selepas mendapati tayar keretanya telah pun dicuri.

Menerusi platform Threads, Nani mendedahkan dia menyedari kejadian itu selepas pulang daripada kerja. Namun apa yang lebih membuatkan wanita itu ‘frust’, kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir berbayar LRT3 Bukit Tinggi yang sepatutnya menjamin keselamatan kenderaan pengguna.

“Baru balik kerja, tayar kereta kena curi macam ni? BTW, saya parkir di LRT3 Bukit Tinggi. Saya pun bayar parkir pagi tadi. Memang tak ada orang jaga ke? Korang yang nak park sini, jaga-jaga lah ya.”

Tayar Kereta Dicuri Di Parkir Berbayar

Gambar yang dikongsinya itu menunjukkan keadaan kereta tanpa tayar dan disendal dengan batu bata sahaja. Kejadian tersebut bukan sahaja membuatkan Nani terkejut, malah seluruh warganet.

TayarFoto – @nanijismani (Threads)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan musibah yang dihadapinya dan ada juga yang berkongsi mengalami kejadian mirip sepertinya di kawasan lain.

Manakala ada segelintirnya menggesa Nani untuk terus membuat aduan pada pihak LRT dan meminta ganti rugi. Kejadian seperti ini bukan sahaja merugikan pemilik kenderaan, tetapi turut menimbulkan rasa kebimbangan untuk menggunakan kemudahan parkir berbayar.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

2

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |