“Ini Kawasan Kuil, Bukan Trek Joging”- Isu Batu Caves Cetus Perdebatan Netizen

5 hours ago 5

Batu Caves sekali lagi menjadi bualan netizen selepas timbul persoalan mengenai penggunaan kawasan berkenaan untuk aktiviti joging. Perdebatan bermula apabila seorang pengguna Threads mempersoalkan mengapa ada pihak yang dikatakan mempertikaikan penggunaan tangga Batu Caves sebagai lokasi untuk berjoging.

Dalam hantaran itu, pengguna terbabit menegaskan bahawa Batu Caves merupakan kompleks keagamaan dan bukan sekadar lokasi pelancongan.

Malah, dia membuat perbandingan dengan kawasan Masjid Negara dengan persoalan sama ada trek joging akan dibina atau digunakan di dalam kawasan kompleks masjid.

Isu Batu Caves Cetus Perdebatan Netizen

Nampak macam isu biasa, tetapi komen tersebut kemudian mengundang respons yang lebih panjang daripada seorang lagi pengguna Threads yang dipercayai seorang peguam.

“Learn The History”- Netizen Jelaskan Status Tanah

Isu Batu Caves Cetus Perdebatan Netizen

Menurut pengguna tersebut, kawasan tanah Batu Caves tidak boleh dilihat semata-mata sebagai milik penganut Hindu. Dia mendakwa tanah berkenaan merupakan tanah kerajaan negeri yang telah diperuntukkan untuk kegunaan keagamaan serta awam.

Katanya lagi, perkara itu dikatakan telah dipersetujui oleh pihak pengurusan kuil sejak sebelum dan selepas Merdeka. Dalam penjelasannya, sebahagian kawasan digunakan oleh penganut Hindu untuk tujuan ibadah, manakala kawasan lain boleh dinikmati orang awam, lebih-lebih lagi selepas Batu Caves diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan.

“Learn the history, study the category of land as it was gazetted to be used,” tulisnya.

Isu Batu Caves Cetus Perdebatan Netizen

Dia turut meminta supaya perbandingan dengan Masjid Negara tidak dibuat secara mudah kerana menurutnya, konteks penggunaan tanah dan status kawasan adalah berbeza.

Tapi, Siapa Sebenarnya Betul?

Di sinilah perkara mula jadi menarik. Adakah status Batu Caves sebagai lokasi keagamaan bermaksud aktiviti seperti joging tidak sepatutnya dilakukan di situ? Atau kerana ia juga kawasan awam dan pelancongan, masyarakat mempunyai ruang untuk menggunakan kemudahan tersebut?

MURAI rasa, isu ini bukan sekadar tentang “boleh joging atau tidak”.

Ia juga berkait dengan sejarah, status tanah, sensitiviti agama dan bagaimana ruang awam digunakan bersama. Cuma satu perkara penting, kenyataan mengenai status tanah yang dikongsi pengguna Threads tersebut adalah pandangan individu dan bukannya pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

Jadi, sebelum kita terus ‘keyboard warrior’, mungkin elok kita semak fakta dahulu. Anda pula bagaimana? Setuju Batu Caves boleh digunakan untuk aktiviti joging atau patut kekal fokus sebagai kawasan keagamaan dan pelancongan?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |