Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

3 hours ago 4

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita hingga hari ini?

Menerusi perkongsian di Threads, penyanyi Nourul Depp tampil menjawab kekeliruan peminat mengenai kemenangan lagu berkenaan. Menariknya, Nourul sendiri mengakui mereka turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tak perlu kalian terkejut, kami pun lagi ternganga terkejut ahhahaha,” katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun, Nourul menganggap perkara itu sudah berlalu dan tidak perlu lagi dipanjangkan.

Menurutnya, apa yang kekal sehingga kini adalah karya-karya yang terus dikenang peminat.

“Yang tinggal sekarang tetap permata yang terus bergemerlapan,” ujarnya.

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

Nourul kemudian membuka cerita mengenai bagaimana lagu Keliru yang dicipta oleh Aidit Alfian akhirnya mendapat sentuhan muzik yang berbeza daripada versi asal.

Menurut Nourul, Ajai ketika itu memang menyukai hasil karya Aidit yang turut menghantar lagu Keliru bersama beberapa lagu lain.

Pada asalnya, Keliru merupakan sebuah lagu sentimental dengan susunan yang lebih perlahan.

Namun, Ajai mahukan sesuatu yang lebih segar dan berbeza.

Mesej itu kemudiannya disampaikan kepada penggubah muzik, Eddie Slam, yang menurut Nourul berjaya memberikan nafas baharu kepada lagu tersebut.

Hasilnya? Terlahirlah versi Keliru yang lebih ‘evergreen’ dan terus melekat dalam ingatan peminat.

Ada Versi Baharu ‘Keliru’?

Yang lebih menarik, Nourul memberi bayangan bahawa kisah Keliru mungkin belum berakhir.

Katanya, versi baharu lagu itu sudah pun disiapkan muziknya dan bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

“Dah siap pun music nya. InsyaAllah,” tulis Nourul.

Jadi, adakah versi baharu Keliru ini bakal membuatkan kita melihat lagu tersebut dari perspektif berbeza?

Youtube video

Kalau lagu lama pun masih mampu buat peminat terkenang, bayangkan pula kalau Keliru diberi nafas baharu. Agak-agak macam mana bunyinya?

MURAI pun tertanya-tanya!

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |