Naik 5 Anak Tangga, Malaysia Airlines Kini Antara 3 Terbaik Kru Kabin Dunia

11 hours ago 8

Kita semua pasti bangga melihat wau bulan Malaysia Airlines di langit, tapi kali ini ada sebab untuk tepuk tangan lebih kuat.

Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Best Airline Staff in Asia 2026 pada Skytrax World Airline Awards, selain kru kabinnya menduduki tempat ketiga dunia dalam kategori World’s Best Airline Cabin Crew.

Lebih menarik, kedudukan kru kabin itu melonjak lima anak tangga daripada tempat kelapan pada 2025. Nampaknya, layanan mesra ‘Malaysian Hospitality’ bukan sekadar ayat dalam iklan.

Malaysia Airlines Naik Enam Anak Tangga

Malaysia Airlines

Menurut laporan The Star dan Malay Mail, Malaysia Airlines turut melonjak enam anak tangga ke kedudukan ke-21 dalam kategori World’s Best Airline. Syarikat penerbangan nasional itu juga naik daripada tempat keenam ke tempat kedua bagi World’s Best Airport Services.

Untuk kelas ekonomi, kedudukannya meningkat daripada ke-16 kepada ke-12, manakala kategori World’s Cleanest Airline menyaksikan Malaysia Airlines naik ke tempat ke-11.

Jadi, kalau ada yang masih fikir ‘service’ dalam pesawat itu sekadar senyum dan hulur makanan, nampaknya kena update sikit mindset.

Bukan Malaysia Airlines Sahaja Curi Perhatian

Keputusan tahun ini turut menyaksikan Singapore Airlines dinobatkan sebagai World’s Best Airline 2026, manakala Cathay Pacific menduduki tempat pertama bagi kru kabin terbaik dunia. Malaysia Airlines pula berada di tempat ketiga dalam kategori tersebut.

Skytrax juga menjelaskan bahawa keputusan anugerah ini berdasarkan kaji selidik kepuasan penumpang global yang melibatkan lebih 300 syarikat penerbangan.

Menariknya, Bernama turut melaporkan AirAsia mengekalkan gelaran World’s Best Low-Cost Airline, yang dimenanginya setiap tahun sejak 2010.

Pengalaman Penumpang Makin Diberi Perhatian

Dalam tempoh dua tahun lalu, Malaysia Airlines memperkenalkan lebih 20 penambahbaikan merangkumi latihan kru, standard perkhidmatan, keselesaan kabin dan pengalaman makanan.

Lebih 30 menu baharu turut diperkenalkan sepanjang tahun lalu, termasuk Vegetarian Satay dan Cendol Ice Cream.

Malaysia Airlines juga sudah menerima 29 pesawat baharu dan menyasarkan armada sebanyak 117 pesawat moden menjelang 2035.

Kesemua usaha ini sebahagian daripada Long-Term Business Plan 3.0 (LTBP3.0), dengan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 syarikat penerbangan terbaik dunia menjelang 2030.

Bagi MURAI, pengiktirafan ini bukan sekadar tentang trofi. Ia turut menggambarkan bagaimana layanan, budaya dan identiti Malaysia dibawa ke dunia.

Kalau layanan makin ‘next level’, kita pun boleh tumpang bangga. Takkan nak komplen saja, kan?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |