Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali dengan nama Cyrena Anne Quast itu bukan sahaja dituduh mencuri, malah wajahnya dikatakan sangat mirip dengan selebriti Jennifer Lopez (JLo).
Wajah Pencuri Bateri Mirip Seperti Jennifer Lopez
Cyrena ditangkap selepas disyaki mencuri dua bungkusan berisi bateri alat kuasa bernilai kira-kira $580 (RM2,364.72). Seorang pekerja kedai mengenali Cyrena kerana didakwa terlibat dalam kecurian di lokasi yang sama, dua hari sebelumnya.
Cyrena dilaporkan mengaku mengambil bateri tersebut, namun kes tersebut menjadi perhatian ramai kerana gambar wajahnya. Segelintirnya mengakui menyangka gambar tersebut adalah JLo.
Beberapa pengguna media sosial berseloroh, merujuk Cyrena sebagai “Jenny From D-Block”, mengaitkannya dengan lagu popular JLo “Jenny from the Block”.
Untuk rekod, Cyrena kemudiannya dibebaskan sehari selepas penangkapannya.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
6


































![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)














