Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

13 hours ago 7

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri perhatian.

Dikongsi oleh pengurus Siti sendiri, Rozi Abdul Razak, menerusi platform Threads, surat itu diberikan oleh Chester kepada Biduanita itu sendiri ketika berada di Thailand sekitar 21 tahun lalu.

Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza

Bukan hanya surat biasa, Chester menghantar surat itu bersama sebuah topi dan meminta penyanyi itu untuk memakainya ketika membuat persembahan.

“Kepada Cik Siti Nurhaliza Binte Tarudin.

Sila cuba pakai topi ini malam nanti semasa awak berada di atas pentas.

Terima kasih, Chester/Linkin Park.”

Chester Bennington, Siti NurhalizaFoto – @@rozisangdewi (Threads)

Tambah Rozi, Siti tidak mengenakan topi memandangkan ia tidak sesuai dengan penampilannya ketika itu kerana dia memakai kebaya labuh dan seluar ketika membuat persembahan.

Kongsi pengurus Biduanita Negara itu lagi, mereka tidak pasti akan keberadaan topi tersebut memandangkan ia berlaku ketika 21 tahun yang lalu.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |