SARA 2026 Lebih ‘Dekat’ Dengan Rakyat, 10,000 Kedai Runcit Kecil Disasar Seluruh Negara

1 hour ago 2

Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila menyasarkan pembabitan 10,000 kedai runcit kecil di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, sekali gus menjadikan bantuan itu lebih mudah diakses oleh rakyat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata peningkatan ketara sasaran itu berbanding sekitar 3,000 kedai runcit kecil sebelum ini akan memudahkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas, khususnya di kawasan kejiranan dan luar bandar.

“Langkah ini bukan sahaja memudahkan penerima, malah membantu merangsang ekonomi setempat serta menyokong perniagaan kecil dan sederhana,” katanya menerusi Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook.

Bantuan Tak Lagi Bergantung Pada Pasar Raya Besar

Penambahan kedai runcit kecil ini dilihat sebagai antara penambahbaikan paling dirasai rakyat, apabila penerima tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada pasar raya besar untuk menggunakan kredit SARA.

Dengan lebih banyak kedai komuniti terlibat, bantuan menjadi lebih “dekat dengan rumah” dan selari dengan gaya hidup harian penerima.

SARA Bulanan 2026 Sudah Dikreditkan Berperingkat

Penyaluran SARA Bulanan 2026 sudah bermula secara berperingkat sejak awal Januari, dan untuk memudahkan pembaca, berikut fakta penting yang perlu diketahui:

  • 9 Januari 2026: Bermula dengan 5 juta penerima awal: 3.7 juta isi rumah & 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
  • 16 Januari 2026: Penyaluran diteruskan kepada 3.1 juta penerima kategori bujang.
  • Jumlah penerima keseluruhan: 8.1 juta rakyat.
  • Peruntukan: RM8 bilion, meningkat daripada RM5 bilion tahun lalu.
  • Bentuk bantuan: Kredit bulanan untuk barangan keperluan asas, digunakan di pasar raya dan kedai runcit terlibat.
  • Kedai runcit terlibat: Sasaran 10,000 kedai kecil menjelang akhir 2026.
  • Rekod pelaksanaan: Kadar perbelanjaan hampir 100% termasuk di kawasan luar bandar.

    May be an image of text that says "पा KEMENTERIANKEWANGAN KEMENTERIANKEWANGAN KEWANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH Usaha meningkatkan penglibatan 10,000 peniaga kecil sebelum akhir 2026 PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2026 OLEH YAB PERDANA YABPERDANAMENTERI MENTERI 5 JANUARI 2026"Via Facebook rasmi Kementerian Kewangan

Perbelanjaan Hampir 100 Peratus, Bukti Mekanisme Berkesan

Menurut beliau, pelaksanaan SARA pada tahun lalu turut mencatatkan kadar perbelanjaan hampir 100 peratus termasuk di kawasan luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan mekanisme bantuan bersasar yang dilaksanakan kerajaan.

Pendekatan ini juga memastikan peruntukan benar-benar dimanfaatkan untuk keperluan asas rakyat, bukan sekadar bantuan atas kertas.

Pendapat Murai langkah memperluas rangkaian kedai runcit kecil dan penyaluran bantuan secara berperingkat menjadikan SARA 2026 lebih inklusif, praktikal dan relevan dengan realiti kos sara hidup semasa. Satu win untuk rakyat dan peniaga tempatan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |