“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

2 hours ago 4

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang ‘kecoh’ mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Selebriti yang dok buat kecoh dengan group Muafakat MRSM dari haritu, anaknya sama batch dengan anak jiran aku. Saja laa bersembang tanya apa cerita sebenar kekecohan tu.

Katanya mereka tu geng yang kalah pemilihan, majoriti parent takde masalah pun dengan pentadbiran Muafakat sekarang. Lagipun, pengerusi dan timbalan tu pun orang baru dipilih. Bukannya jenis dah pegang banyak tahun.”-tulis seorang netizen di Threads

“Semoga Encik & Penyampai Itu Dirahmati Allah..”

Tidak berdiam diri, Rita menerusi hantaran di Threads, menitipkan pesanan buat individu terlibat untuk tidak berkongsi sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihannya.

“Allahu, terima kasih banyak-banyak encik dan juga kepada penyampai. Biar Allah saja yang tahu kebenaran. Terima kasih kerana bagi pengajaran kepada saya jugak. ‘Benda yang kita tak tahu sahih atau tidak, jangan dikongsi’. Semoga Encik dan penyampai itu dirahmati Allah.”-respon Rita di Threads

Pelbagai Reaksi Netizen

Hantaran Rita mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan tuduhan individu terlibat, malah ada yang berpendapat netizen tersebut lebih ‘menyibuk’ mengalahkan warga wanita.

“Nanti dia cakap, tak sebut nama kenapa terasa. Padahal memang niat nak perli. Buruk perangai.”

“Ni spesis lelaki ahli mensyuarat tingkap, suka sembang kosong, suka cari silap buruk orang, suka mengumpat, kalah perempuan!.”

“Iya ke, saya baca di ruangan komen masa tengah panas, ramai je parents MRSM dok sokong Rita.”

“Sibuk nak mencelah kalahkan ahli mensyuarat tingkap. Rita Rudaini takkan berbunyi kalau bendanya betul. Kalau betul dia akan puji dan appreciate kalai ikuti IG dan posting-nya. Dia pun mampu bukan tak mampu. Tapi bersuara untuk parent-parent yang lain. PIBG ke, Muafakat ke. Bertoleransi lah. Bukan semua mampu, yang baik pasti para ibu bapa sokong selagi tak membebankan.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |