Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

2 hours ago 3

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua tertutup rapi. Tidak ada ruang untuk rasa ragu atau kompromi antara menjaga aurat dan ingin cantik. Itu yang MURAI rasakan ketika pertama kali dengar tentang Hairkunst Hijabis Luxe.

Salon ini bukan sekadar tempat potong rambut atau mekap. Ia adalah manifestasi komitmen jenama Hairkunst terhadap wanita Muslimah moden yang mahu penampilan menarik tanpa mengabaikan prinsip syariah. Dari awal pembukaannya, MURAI sudah rasa kagum dengan visi mereka, mahu bina pengalaman kecantikan yang eksklusif, selesa, dan patuh syariah, sekaligus menjadi standard baharu dalam industri.

Privasi Terjamin, Fokus Kepada Wanita Muslimah

En. Bambang Soteto, pengasas bersama Hairkunst, cakap ramai wanita masih terpaksa kompromi sebab salon biasa tak fully private. Jadi Hairkunst pun wujudkan ruang rawatan yang tertutup sepenuhnya, eksklusif dan selesa.

Pengasas Bersama Hairkunst, En. Bambang Soteto

MURAI bayangkan… masuk salon ini, boleh lepaskan tudung, rambut dibelai lembut, dan tak perlu risau ada mata-mata curi pandang. Serius, ada je yang datang salon lain, rasa macam main hide-and-seek. Di sini? Tidak. Tenang, damai, dan… eh, boleh tidur pun kalau nak!

Puan Yuskiahniza Md Yusof yang juga rakan kongsi Hairkunst

Produk 95% Vegan, Selamat & Patuh Syariah

Selain privasi, Hairkunst juga teliti gila dalam produk. Menurut Puan Yuskiahniza Md Yusof, hampir semua produk vegan sehingga 95%, termasuk pewarna rambut telus air, rawatan organik, keratin dan rebonding.

MURAI kagum… sebab bukan semua salon peduli sampai tahap ni. Pendek kata, di sini rambut cantik, hati tenang, dan aurat tetap terjaga. Kalau MURAI, mungkin pening fikir nak pilih yang mana dulu, rambut cantik ke hati tenang? Tapi di sini, kedua-duanya boleh ada!

Pelaburan RM700,000 Untuk Standard Premium

Hairkunst tak main-main. Hampir RM700,000 dilabur untuk pastikan setiap sudut premium,  peralatan profesional Dyson & GHD, ruang VIP, servis valet, dan ruang menunggu ‘glass house’ untuk suami atau keluarga.

Murai boleh kata, ini bukan sekadar salon… ini macam “hotel lima bintang untuk rambut Muslimah”. Kalau MURAI ada duit lebih, memang nak duduk situ seharian.

Bagi MURAI, Hairkunst Hijabis Luxe bukan sekadar salon biasa. Ia bukti wanita Muslimah boleh jaga aurat sambil manjakan diri tanpa kompromi. Tambah jenama yang sanggup labur RM700K untuk privasi, produk selamat, dan pengalaman premium… memang layak standing ovation!

Kalau lebih banyak salon buat macam ni, MURAI yakin wanita Muslimah di Malaysia boleh enjoy rawatan rambut dengan senyum lebar, hati tenang, dan aurat terjaga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |