Vietjet, syarikat penerbangan terkemuka dari Vietnam, sekali lagi membuktikan keunggulannya di persada dunia apabila diumumkan sebagai “Syarikat Penerbangan Terbaik Asia – Pengalaman Pelanggan 2025” oleh World Travel Awards (WTA).
Pengiktirafan Bertaraf Dunia
via VietjetAnugerah berprestij ini mengiktiraf kecemerlangan dalam industri pelancongan melalui undian oleh profesional industri serta para pengembara global, termasuk dari Malaysia.
Pengiktirafan ini meletakkan Vietjet sebagai penanda aras dalam perkhidmatan pelanggan di Asia, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju inovasi dalam penerbangan moden.
Komitmen Terhadap Pengalaman Pelanggan
via VietjetGraham E. Cooke, pengasas WTA, memuji dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan Vietjet dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan pengguna, malah menzahirkan usaha konsisten Vietjet dalam membina pengalaman penerbangan yang selamat, selesa dan menyeronokkan.
Malah kemenangan ini merupakan hasil kerja keras seluruh pasukan dan tanda penghargaan kepada jutaan penumpang yang setia menyokong mereka selama ini.
Hubungan Lebih Erat Malaysia – Vietnam
via VietjetDengan lebih 170 laluan penerbangan aktif dan lebih 250 juta penumpang setakat ini, Vietjet memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelbagai destinasi dunia, termasuk Malaysia.
Pada masa ini, Vietjet mengendalikan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Hanoi dan Ho Chi Minh City.
Bermula 26 Oktober 2025, laluan terus ke Da Nang pula akan dilancarkan dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Vietnam.
Inisiatif ini menyokong pertumbuhan pelancongan dua hala dan memperkukuh hubungan budaya serta ekonomi antara kedua-dua negara.
Vietjet terus menjadi pilihan utama pelancong serantau, bukan sahaja kerana tambang mampu milik, tetapi juga inovasi seperti kelas perniagaan, program kesetiaan SkyJoy, serta pembantu maya AI yang dinamakan Amy.
Dengan visi global dan sentuhan mesra pelanggan, masa depan penerbangan bersama Vietjet dilihat semakin cerah dan menjanjikan.

3 months ago
109










![[VIDEO] Healing Bersama Keluarga di D’Kelulut Campsite, Port Tenang Yang Ramai Tak Tahu!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/camping.webp)

























![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)


![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)


![[VIDEO] Selamba Lepas Angin, Gelagat Leona Buat Ramai Terhibur- “Tak Boleh Tahan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/1-10.jpg)

![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)




