Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah terlepas bullet train di sana.
Kongsi Anzalna, mereka sekeluarga yang pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun itu mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dengan kebanyakan orang Jepun yang tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan mereka terlepas untuk menaiki ‘bullet train’.
“Ia adalah pertama kali kami menaiki tren di Jepun. Kebanyakan orang Jepun tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, kami akhirnya terlepas bullet train hahaha.
Hanif mahu pastikan anak-anak dan saya selesa, jadi dia book first class hanya begitu sahaja.”-kongsi Anzalna di Instagram
“Rasanya Saya Kena Belajar Japanese Lepas Ni..”

Akui mendapat pengajaran dari kesilapan, Anzalna menceritakan bahawa mereka tidak lagi terlepas tren ketika dalam perjalanan ke Tokyo selain berpendapat dia harus mempelajari bahasa Jepun.
“Lesson learned though! Ketika perjalanan kembali ke Tokyo, kami tidak terlepas tren lagi 😂.
Rasanya saya kena belajar Japanese lepas ni. Siapa Japanese teacher, sila munculkan diri, saya dengan anak-anak nak belajar Japanese hahaha.”-tambah Anzalna
Netizen Kongsi Pengalaman
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama ketika bercuti di Jepun, malah ada yang berpendapat ia adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Saya naik train dekat Jepun semua dengan bantuan ChatGPT. Kalau tak, memang ke laut. Nasib berjaya sampai ke semua destinasi tanpa sesat.”
“Terlepas train tetapi mendapat kenangan indah.”
“Takpelah tertinggal pun, janji outfit lawa naw.”
“Hanif tu bukan nak bagi you dan anak-anak selesa kan sebenarnya dia penat dah kan dan giveup hahaha k bye.”
Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

1 month ago
67


![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)







![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)








![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)